Ramai yang masih kurang jelas dengan kebaikkan vitamin C dan had pengambilannya.
@DoktorSamhan melalui akaun Twitter miliknya ada menjelaskan tentang pengambilan vitamin C dalan rantaian tweetnya. Korang boleh baca penjelasan doktor tu kat bawah ni.
Apa itu Vitamin C
Ada banyak vitamin yang kita pernah dengar, tapi yang paling famous admin rasa vitamin C lah. Iklan dekat TV selalu sebut.
Kalau nak amik vitamin C ni jangan lebih-lebih maksimum 2000mg je sehari. Miligram tau, bukan kilogram.
Okay baru tahu jambu batu lagi tinggi kandungan vitamin C berbanding oren. Tapi kenapa buah oren yang lagi famous kan?
Kalau ada penyakit batu karang jangan ambil vitamin C tau. Kalau buat hemodialisis pun tak boleh juga ambil vitamin C tambahan ni.
Ingat doktor cakap kat atas tu, vitamin C tidak memutihkan kulit. Tolong take note ye benda ni ye.
Nak senang, amalkan makan buah dan sayur setiap hari. Tak perlu berhabis duit beli vitamin C tambahan kalau nutrien dalam badan dah cukup.
Baca: “Berhenti beli ubat tinggi” – Anak ‘Tak Cukup Tinggi’? Ini Ada 4 Tips Yang Korang Boleh Cuba