in

“Berhenti beli ubat tinggi”- Anak ‘Tak Cukup Tinggi’? Ini Ada 4 TIPS Yang Korang Boleh Cuba

Ddd 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin ada segelintir ibu bapa yang risau akan ketinggian anak mereka yang sedang membesar. Berkemungkinan ada anak mereka yang tidak mencapai ketinggian yang sesuai dengan umur mereka.


Apabila kerisauan menyelebungi diri, antara jalan pintas yang mereka ambil adalah dengan membeli ubat menambah ketinggian. Namun hal ini bukan sahaja tiada jaminan malam memberi kesan sampingan kepada kesihatan seseorang.

D 2

Bagi maklumat korang, ketinggian manusia 65-80% ketinggian anak bergantung kepada faktor keturunan atau genetik.

Selain itu, ketinggian seseorang akan terhenti pada umur 21 bagi lelaki dan 18 tahun bagi perempuan. Oleh itu, bagi mereka yang belum mencapai umur berikut, kalian masih ada peluang untuk tambah ketinggian. Tapi macam mana?

Berdasarkan sebuah posting Public Health Malaysia melalui laman Facebook, mereka ada berkongsi tips-tips yang boleh diamalkan untuk menambah ketinggian dengan cara yang selamat.

Berhenti bertanya mengenai produk untuk menambah ketinggian bagi orang dewasa kerana sudah terlambat. Ketinggian manusia…

Posted by Public Health Malaysia on Ahad, 16 Ogos 2020

 

4 tips bagi anak tinggi

  1. Pemakanan seimbang dan pendedahan cahaya matahari pagi untuk mendapatkan Vitamin D untuk menyerap kalsium.
  2. Tidur yang cukup antara 6 hingga 8 jam
  3. Aktif dalam aktiviti fizikal supaya dapat merangsang pertumbuhan otot dan hormon pertumbuhan
  4. Elakkan dari terlibat atau terdedah dengan asap rokok kerana kandungan asap rokok mampu membantutkan pertumbuhan seseorang

D1 2

 

Jadi untuk ibu bapa bolehlah amalkan tips-tips yang telah dikongsikan dengan anak-anak. Untuk para remaja pun masih sempat sebenarnya. Tapi apa-apa pun, kurang ketinggian bukanlah sebuah kecacatan. Kita perlu hargai diri kita dan bersyukur dengan kejadian yang telah diciptakan oleh Tuhan.

 

Baca: “Kaji kesan joget ini kepada kanak-kanak” – Video Goyang Upin Ipin Undang Kontroversi?

Dd 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.