Bekas Pekerja Kilang Dapat Ribuan Ringgit Hasil Upah Beli Makanan Untuk Rakan Ponteng Puasa

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bersubahat dengan mereka yang ponteng puasa itu salah disisi agama. Tapi masih ada juga yang melakukan perkara terkutuk itu kerana imbalannya yang lumayan.

Seorang bekas pekerja kilang mengaku mengumpul ribuan ringgit hasil dari mengambil upah membeli makanan kepada rakan sekerja yang tidak berpuasa. Wanita yang mahu dikenali sebagai Dira, 29, mengenakan upah sebanyak RM2 ke RM3 sekepala setiap kali membeli juadah bagi rakan sekerjanya, lapor Sinar Harian.

Gambar hiasan – Sumber: UtaraNews

Meskipun Dira tahu perbuatannya salah, namun dia tidak mengendahkannya kerana memikirkan pulangan yang bakal diterima.

Saya memang jenis tak tahu malu, orang nak kata apa pun, katalah. Lagipun sebagai perempuan kita ada waktu-waktu tak boleh puasa.”

Dia juga menggunakan helah dengan membeli di kedai yang berbeza-beza setiap minggu supaya ia tidak kelihatan ketara yang dia menipu.

Faham sajalah kerja kilang, angkat-angkat barang. Stor kilang akan jadi sasaran untuk kawan-kawan tidak puasa ini makan.” 

Gambar hiasan – Sumber: The Malay Mail

Malah menurutnya, gaji pada bulan puasa bersih kerana banyak menerima wang hasil dari upah membeli makanan ini.

“Setiap kali bulan puasa saya boleh buat pendapatan sampingan hanya dengan ambil upah beli makanan kawan-kawan sekerja, boleh cecah ribuan ringgit,” katanya telah bersubahat selama tiga tahun. Huh gila betul!

Gambar hiasan – Sumber: Astro Awani

Walau bagaimanapun, Dira sudah tidak melakukan perbuatan itu semenjak dia berhenti dari kilang tersebut hampir lima tahun lalu. Fikirnya, sampai bila lagi harus dia menerima wang dari hasil yang ‘tidak halal’ itu. Akhirnya… tersedar juga! 

Sungguhpun begitu, Zira mengakui walaupun dia menjadi orang tengah membeli makanan bagi kaki ponteng, dia tetap berpuasa seperti biasa.

Sampai bila korang nak ponteng puasa? Kalau dah ada anak-anak, kan malu kalau mereka tahu. Bertaubatlah dan jadi contoh yang baik buat generasi akan datang. 

Baca: Lelaki Belanja Semua Warga Bukan Islam Sedang Makan di Kopitiam Kerana Mahu Buat Baik di Bulan Ramadan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!