Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan tentang keadaan bayi yang baru dilahirkan berusia 18 hari menjadi pesakit Covid-19 yang termuda di Malaysia menerusi sidang media situasi semasa wabak Coronavirus, lapor Harian Metro.
Rupanya, bayi tersebut telah dijangkiti oleh ibunya yang positif Covid-19 selepas dilahirkan. Kesian baby tu, dah la dia kecik lagi.
Namun, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan bahawa punca jangkitan masih belum dapat dipastikan sama ada bayi itu dijangkiti semasa dalam kandungan ataupun sebaliknya.
Tambahnya lagi, proses kelahiran bayi terbabit berjalan dengan lancar tanpa sebarang komplikasi.
Rata-rata netizen yang sedang menunggu kelahiran cahaya mata mereka menyuarakan kebimbangan mereka untuk bersalin.
Jadi, admin sarankan agar wanita mengandung jangan keluar rumah kalau takde urusan penting dan sentiasa basuh tangan. Semoga korang dan baby terhindar daripada jangkitan virus bahaya ni.
Baca: “Dia teriak, lepastu susah nak nafas” – Ibu Sedih Bayi 2 Bulan Positif Covid-19