Seorang ibu dilarang menghampiri bayinya di hospital disebabkan bayi malang itu dikuarantin akibat positif coronavirus.
Ashley Hildebrand mengatakan anaknya yang baru berusia 2 bulan itu langsung tidak menunjukkan gejala yang dia sakit. Mana taknya bayi lagi, tak boleh bercakap dan kita tak tahu pun apa yang dia cuba nak sampaikan.
Disebabkan itu, si ibu dan pasangannya diarahkan untuk self-quarantine selepas mengetahui tentang bayinya itu.
Katanya sebelum ini anaknya itu berteriak beberapa minit sebelum susah untuk bernafas, lapor Mirror Online.
Apabila ahli paramedik tiba di rumahnya di Lexington, Carolina Selatan, tahap oksigennya menurun kepada 58 dan Ashley berkata ketika berada di hospital “dia menghidap hipotermik”.
Mereka berkata bahawa bayi kecil kadang-kadang akan kesejukan dan bukannya demam, dia berada di tempat pengudaraan dan sedatif untuk memberi masa paru-parunya berehat.”
Tambah ibunya lagi,dia yakin bayinya itu kuat untuk melawan virus ini.
Memandangkan anak perempuan saya dah kena, memang tak mustahil lah saya pun akan terkena sekal, saya tidak mempunyai gejala tetapi saya tetap akan kuarantin diri selama 11-14 hari.”