in

Bahaya! Ibu Bapa Kena Alert 4 Jenis Penyakit Yang Sedang ‘Mengganas’ Serang Kanak-Kanak Kini

Penyakit Bahaya Serang Kanak Kanak

Selepas pulang dari bercuti dan beraya di kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri yang lepas, ramai yang perasan anak-anak kecil mula jatuh sakit dan ada yang dijangkiti demam.

Kalau demam biasa tu kita bolehlah bertenang sikit tapi yang buat admin risau ialah beberapa penyakit yang sering disebut-sebut sejak akhir ini yang katanya sedang ‘mengganas’ menyerang kanak-kanak yang mempunyai imuniti rendah.

Berikut 4 jenis penyakit yang menjadi kebimbangan utama di kalangan kanak-kanak yang ibu bapa kena alert menerusi perkongsian Dr Rashdan Zaki di Twitter

 

1. MIS-C / penyakit Kawasaki 

  • Penyakit ini berkaitan dengan komplikasi jangkitan Covid-19 dan biasanya berlaku setelah 2 hingga 4 minggu jangkitan wabak.
  • Organ utama yang terjejas adalah jantung, namun organ lain juga boleh turut terjejas.
  • Antara petanda utama: Demam berpanjangan, ruam merah, bibir merah, kering dan merekah; mata merah, bengkak kelenjar limfa, bengkak kaki dan tangan.
  • Tanda lain: jantung berdebar-debar, keletihan, nampak tidak sihat yang keterlaluan.

Kawaskaki Collage Webres

 

2. Hand, Foot & Mouth Disease (HFMD) 

  • Sejenis penyakit kaki, tangan dan mulut yang mana amat mudah dijangkiti dari satu kanak-kanak ke kanak-kanak yang lain.
  • Boleh mendapat komplikasi radang jantung (dan organ lain), namun kebiasaannya ia jangkitan ringan
  • Antara tanda utama: ruam kaki dan tangan, ulser mulut
  • Anak akan kurang makan dan minum kerana ulser mulut yang mana akan membawa kepada dehidrasi.
  • Kes HFMD kini sedang meningkat di kalangan kanak-kanak di negara kita

Thumbnail Shutterstock 1110401888

 

3. Respiratory Syncytial Virus (RSV) 

  • Virus ini biasanya akan menyerang paru-paru dan salur pernafasan kanak-kanak
  • Mengakitbatkan jangkitan kuman pneumonia, bronchiolitis dan wheeze 
  • Simptom utama: Demam, sesak nafas, nafas laju dan berbunyi.

Aw 15167

 

4. Hepatitis Akut yang Tidak Diketahui Penyebabnya 

  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui WHO Event Information Site (EIS) telah baru saja melaporkan kejadian ‘Hepatitis Akut yang Tidak Diketahui Penyebabnya’ (Acute Hepatitis of Unknown Aetiology) yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur antara satu bulan hingga 16 tahun.
  • Menurut KKM, ia adalah ‘kebimbangan baru’ di mana jangkitan dan radang terjadi pada hati (hepar/liver) di kalangan kanak-kanak.
  • Tanda utama: kekuningan pada kulit dan mata (jaundice), loya, muntah, hilang selera makan dan keletihan.
@drwanshare

Reply to @the.dressar So far ini saja yang saya tau pasal kes ni… Yang lain, terserah kepada pakar #dr1share #tiktokguru #doktortiktok

♬ original sound – DR1 SHARE – DR1 SHARE

  • Punca utama penyakit ini masih dalam siasatan.
  • Setakat ini 169 kes telah dicatatkan melibatkan 12 negara dan 1 kematian kanak-kanak dilaporkan. 10% daripada kes memerlukan transplantasi hepar.
  • 1 kes kanak-kanak lelaki tempatan berusia 4 tahun 11 bulan dicatatkan di Sabah pada Mac lalu dan kini sedang mendapat rawatan.

Apa-apapun diharapkan ibu bapa alertlah dengan tahap kesihatan anak-anak. Kalau demam tak kebah 2-3 hari tu eloklah bawa ke hospital. Risau dengan penyakit zaman sekarang. 

Baca: Anak Amyra Rosli Kena Virus Kawasaki? Parents Tolong Jangan Ambil Mudah

Myra

Sumber: Heart Org
Sumber: MIMS
Sumber: Vejthani