in

“Arwah ada cakap, nak hidup hingga usia 43 tahun”- Ina Naim Mohon Maaf Bagi Pihak Suami

Suhaimi Saad Meninggal Dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas ahli kumpulan nasyid, In-Team, Mohd Suhaimi Saad, 43, telah kembali ke rahmatullah semalam (pada Rabu) sekitar jam 7.40 malam di samping isterinya dan empat orang anaknya dalam keadaan tenang.


Isterinya, Nurdiana Mohd Naim, 39 atau lebih mesra dikenali sebagai Ina Naim memaklumkan bahawa suaminya menghembuskan nafas dalam keadaan mudah, malah salah seorang daripada anak mereka juga sempat mengajarkannya mengucap dua kalimah syahadah.

Pemergiannya sangat mudah dan tenang di sisi saya dan anak-anak. Pesanan dia minta maaf kepada semua orang sebagaimana yang dia tulis dalam TikTok.

“Arwah meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru,” kata Ina ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultan Ismail (HSI) semalam.

Ina Naim Suhaimi Saad Meninggal Dunia

Artikel berkaitan: “Suhaimi sendiri minta dihantar ke hospital” – Ina Naim Maklum Keadaan Suami Semakin Baik

Artikel berkaitan: Suhaimi Saad Kini Alami Sakit Mata Kronik, Ina Naim Perlu Pimpin Jika Mahu Berjalan

“Arwah suami ada cakap hendak hidup sehingga usia 43 tahun” 

Menurut Ina, kesihatan suaminya semakin merosot sejak awal Oktober lalu selepas mengalami cirit-birit sehingga susut berat badan sebanyak 20 kg.

Arwah tidak muntah hanya batuk teruk sejak bulan Ogos dan alami cirit birit. Arwah dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) sejak 10 November lalu.

Allahyarham Suhaimi telah berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat orang anak iaitu  Ehmad Hadie Elfardie, 15, Salman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.

Jenazah Allahyarham telah dimandi dan dikafankan di Jabatan Perubatan Forensik HSI sebelum dibawa pulang ke rumah keluarga Ina di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi.

Jenazah bakal dikebumikan di sana kira-kira jam 9 pagi hari ini.

Al-fatihah… 

Sumber: Harian Metro, Astro AWANI

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.