in

“Suhaimi sendiri minta dihantar ke hospital” – Ina Naim Maklum Keadaan Suami Semakin Baik

Ft Ina Naim Suhaimi Icu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas anggota kumpulan In-Team, Mohd Suhaimi Saad kini sedang ditidurkan di hospital kerana jangkitan kuman paru-paru. Isterinya, Nordiana Mohd Naim (Ina Naim) memohon maaf seandainya suaminya itu pernah menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Memetik laporan BH Online, Ina Naim berkata suaminya kini menunjukkan perubahan baik tetapi masih lagi ditidurkan.


Artikel Berkaitan : “Abang apa ada? Hidung saja besar” – Ina Naim Respon Permintaan Suhaimi Saad Nak Kahwin Lagi

Artikel Berkaitan : “Cara faham agama kita tak sama” – Dakwa PRU Itu Perjudian, Suhaimi Saad Tak Turun Mengundi

Screenshot 2023 11 14 134003

“Setakat ini, doktor maklumkan suami alami jangkitan kuman pada paru-paru. Hasil ujian pertama, doktor mengesahkan Suhaimi bebas Tuberculosis (tibi). Untuk sahkan lagi, doktor sudah jalankan ujian kedua, tetapi kami masih menantikan keputusan.”

“Buat masa ini, suami masih ditidurkan dan doktor maklumkan keadaannya kritikal, tetapi semalam oksigen berada pada tahap normal, cuma jantungnya masih lagi laju sekitar 130.”

Kata Ina lagi, dia yakin bahawa suaminya akan sembuh walaupun keadaannya agak kritikal. Malah, Ina Naim juga mohon agar orang ramai mendoakan Suhaimi.

Bercerita mengenai petanda dan gejala Suhaimi sebelum ke hospital, Ina menceritakan bahawa berat badan Suhaimi turun mendadak 20 kilogram sejak sebulan lalu.

Mula-mula Ina ingatkan bahawa batuk yang Suhaimi alami pada beberapa bulan lalu itu hanya batuk biasa.

Screenshot 2023 11 14 133824

“Kami ingatkan sebab makan buah banyak pada musim buah, baru-baru ini menyebabkan Suhaimi batuk. Namun, lama-kelamaan batuknya menjadi semakin teruk sehingga sesak nafas.”

“Bulan lalu, batuknya beransur pulih, tapi mengalami cirit-birit pula. Suhaimi ada selera makan, tapi tak sanggup nak makan kerana setiap kali makan akan buang air besar. Sebab itulah badannya susut sehingga tinggal 43 kilogram.”

“Kami sudah ikhtiar macam-macam sehinggalah Suhaimi sendiri minta dihantar ke hospital. Dia bukan tak percaya hospital, cuma itu adalah ikhtiar terakhirnya.”

Ujar Ina lagi, bapanya yang mencadangkan agar bawa Suhaimi mendapatkan rawatan di Johor Bahru supaya mudah jika berlaku apa-apa.

Screenshot 2023 11 14 133918

“Bapa saya cadangkan agar bawa balik Suhaimi jalani rawatan di Johor Bahru supaya mudah jika berlaku apa-apa.”

“Keadaan Suhaimi ketika itu lemah dan berikan keizinan untuk ditidurkan untuk kurangkan kesakitan.”

“Apa yang buatkan saya optimis Suhaimi boleh sembuh dan sihat kerana salah seorang anggota In-Team, Mohd Syahril juga pernah alami masalah sama, malah lebih teruk lagi.”

“Tapi isterinya banyak meniupkan kata semangat. Bila dengar kata-katanya saya tambah semangat dan yakin suami akan sembuh.”

Harapan Ina, dia hanya mahukan suami kembali sedar seperti dulu kerana katanya banyak mahu diceritakan dengan suami.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.