in

Suhaimi Saad Kini Alami Sakit Mata Kronik, Ina Naim Perlu Pimpin Jika Mahu Berjalan

Suhaimi Saad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah lama kita tidak mendengar nama Suhaimi Saad disebut-sebut semenjak kes beberapa isu mengenainya viral di media sosial tidak lama dulu.


Menurut Sinar Harian, rupa-rupanya komposer dan penyanyi nasyid tersebut yang juga suami kepada Ina Naim ini sedang mengalami masalah kesihatan mata yang kronik sehingga membataskan penglihatan dan pergerakannya. Allahu…

Disebabkan hal tersebut, urusan harian bapa kepada empat anak itu kini banyak memerlukan bantuan isterinya sehingga berjalan pun dia harus dipimpin.

Ina Naim 1

Sungguhpun kesihatannya tidak mengizinkan, ia tidak menghalang Suhaimi untuk aktif dalam kegiatan seni dan memenuhi undangan persembahan nyanyian di sekitar Kelantan dan Johor Bahru.

Malah Suhaimi juga katanya bakal melancarkan single terbaru berunsurkan ketuhanan ciptaan sendiri berjudul Zapin Selawat hujung tahun ini.

“Lirik dan melodi lagu sudah siap, hanya menunggu untuk memasukkan vokal sahaja. Proses penghasilan sedikit terbatas kerana penglihatan yang semakin hari semakin kurang jelas selain sakit kerana silau sejak saya berada di Kuala Lumpur lagi.

“Ina yang banyak membantu seperti memandu kereta jika ada undangan nyanyian di sekitar Kelantan manakala di luar dari Kelantan, saya mengupah pembantu,” katanya.

873089

Bercerita tentang kehidupannya kini, Suhaimi berkata, keempat-empat anaknya masih kekal home schooling dengan dia dan Ina bertindak sebagai guru yang memberi pendidikan kepada anak-anak dari rumah.

Dalam pada itu, dia juga menjalani rawatan bagi memulihkan matanya termasuk mencuba perubatan secara tradisional di rumah.

Ina Naim pula berniaga barangan kosmetik, pakaian di laman sosial dan menerima tempahan menyediakan makanan bagi membantu menambah pendapatan keluarga.

“Kehidupan kami sekeluarga di sini berjalan lancar dan bahagia kerana dikelilingi keluarga angkat yang melimpahkan kasih sayang dan sentiasa memberikan sokongan walaupun berjauhan daripada ibu bapa Ina di Johor,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Penggiat Seni Kelantan, Mohamad Afandi Mohamad berkata, pihaknya menyifatkan Suhaimi sebagai permata yang merancakkan lagi industri seni di Kelantan.

873090

Pihak persatuan juga katanya berbesar hati untuk jalin kolaboratif dengan Suhaimi untuk mencipta lagu berunsur dikir barat dan nasyid.

“Tiga anak Suhaimi juga boleh menyanyi dan sudah bergerak aktif menyanyi dengan nama kumpulan Pelapis serta pernah menghasilkan album berjudul Doa dan Lagu. 

“Jadi, kami rasakan tidak ada masalah untuk bekerjasama dalam bidang seni suara dengan mereka sekeluarga,” katanya.

Semoga diberikan kesembuhan olehNya. 

Baca: “Kdg2 macam xcaya dia ahli kumpulan inteam” – Netizen Kata Suhaimi Saad ‘Sakit’? Keadaan Terbaharunya Buat Ramai Terkejut

Sakit

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.