in

Anjing Tunggu Tuan Pulang di Lorong Rumah Setiap Hari Sejak 3 Tahun Lalu

Dog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Anjing Tunggu Tuan Pulang di Lorong Rumah Setiap Hari Sejak 3 Tahun Lalu
Loading
/

Bagi yang membela anjing sebagai haiwan peliharaan, pasti mereka akan faham betapa setianya anjing kepada tuannya.


Seekor anjing di Busan, Korea Selatan merupakan anjing jalanan sebelum dibela oleh seorang wanita tua beberapa tahun lepas dan menamakannya ‘Fu Shi’.

Dog2 1
sumber: china press

Namun, tiga tahun lepas, segalanya berubah buat Fu Shi selepas wanita tua itu disahkan mempunyai masalah pendarahan yang kemudiannya membawa kepada penyakit dementia. Menurut World of Buzz, keadaannya menyebabkan dia terpaksa dihantar ke rumah penjagaan.

Dia tidak dapat membawa Fu Shi ke rumah penjagaan tersebut jadi anjing itu terpaksa ditinggalkan bersendirian di rumahnya.

Namun, bagi Fu Shi dia sama sekali tidak tahu mengapa tuannya tidak pulang pulang, jadi dia menunggu wanita itu pulang setiap hari dengan penuh sabar semenjak tiga tahun yang lalu. Alahai kesiannya, mana lah dia nak tahu kan…

Dog3
sumber: china press

Menurut penduduk setempat, Fu Shi akan duduk di lorong rumah menunggu hingga waktu malam. Setiap kali tuannya tidak muncul selepas seharian menunggu, Fu Shi hanya akan berpaling dengan begitu sedih dan kecewa sebelum pulang ke rumah mereka tinggal bersama suatu ketika dahulu. Sedihnya wehhh!

Setiap hari, dia hanya akan berlegar di rumah kosong tuannya itu dan baring di atas katil untuk menghilangkan kesejukan. Mesti teringat kenangan 🙁

Dog4
sumber: china press

Jiran tetangga sangat tersentuh dengan ketaatan Fu Shi kepada pemiliknya dan sentiasa pastikan anjing itu cukup makan. Mereka turut memaklumkan kepada pusat perlindungan haiwan yang kemudian menjaga kebajikan anjing itu.

Syukur, kisah Fu Shi berakhir dengan happy ending kerana dia kini sudah menjumpai pemilik yang baru dan namanya telah ditukar kepada ‘Sky’.

*lap air mata*

Tonton video menyedihkan itu di bawah ini:

Baca: Anjing Berpanas, Berhujan Tunggu Tuan Depan Rumah Tanpa Menyedari Dia Ditinggalkan

Anjing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.