Kalau korang ikuti perkembangan pelawak Achey dan isterinya ni, mesti korang tahu kan yang Achey dan pasangan dah bernikah hampir 8 tahun tapi sehingga kini masih tak dikurniakan cahaya mata. Tapi admin hari ni terkejut bila nampak posting Achey dan isteri, Nor Hasanah Yahaya mendukung seorang bayi yang comel.
Achey menerusi Instagram peribadi memaklumkan impiannya untuk beraya bertiga tahun ni tercapai apabila dia serta isteri mengambil seorang anak angkat baru-baru ni. Bayi perempuan yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah Nasir sejak 6 Ramadan lalu ialah cahaya yang mengisi kekosongan mereka selama mendirikan rumah tangga.
Alhamdulillah rezeki Allah hadir dengan pelbagai cara. Setelah 8 tahun bersama masih belum punya rezeki dikurniakan cahaya mata. Namun pada 22 Mei 2018 di Ramadan ke 6, anak ini hadir untuk mengisi kekosongan yang lama itu,” tulisnya di Instagram.
Menurut Achey, Nur Tiara telah dilahirkan pada 15 Mei lalu pada 8.05 malam di Hospital Kuala Lumpur. Sejak bayi itu dilahirkan, timbul desas desus yang mengatakan dia dan isterinya bergaduh sebab Hasanah pulang ke kampung selama sebulan.
“Selama sebulan kami berada di kampung. Ramai tertanya kami gaduh ke? Sakit ke? Jawapannya menjaga Tiara dalam pantang. Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata yang hebat. Yang paling jelas sangat gembira tak terkata,” kata Achey.
Sementara tu, Achey berharap agar semua peminat mendoakan kesejahteraan keluarganya dan menerima kehadiran Tiara dengan baik. Rata-rata peminat di posting tersebut mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga Achey dan isteri akan peroleh anak dari zuriat sendiri nanti.
Alhamdulillah! Tahniah Achey dan isteri. Raya kali ni mesti meriahkan ada baby comel!
Baca: Selepas 10 Tahun Menanti, Adam Corrie dan Isteri Bakal Timang Cahaya Mata