in

“Aku pulak yang tak lepas bernafas tengok” – Netizen ‘Salute’ Tengok Cara Pro Abang Bomba Tangkap ‘Cobra’ Depan Muka

Ft Ular Tedung Atas Almari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni cuaca tengah tak menentu, kadang-kadang hujan dan kadang-kadang panas seharian. Biasanya risiko ular masuk ini sangat tinggi, terutamanya mereka yang berkediaman atas tanah, kita dapat sendiri lihat, banyak kes video ular masuk rumah dan celah kereta.



Kurang pasti video ini baru atau lama, tetapi kini ia sedang menjadi tumpuan netizen di Twitter yang menunujukkan  anggota bomba sedang menangkap ular yang dipercayai jenis tedung selar di atas almari.

 

Aku pulak yang tak lepas nak bernafas tengok bomba tangkap – Netizen

Dalam video yang berdurasi 1 minit 5 saat itu, dilihat ular itu berada di atas almari, anggota bomba tersebut cuba cuit ‘badan’ ular tersebut beberapa kali sebelum grab kepala ular tersebut.

Ramai netizen ngeri melihat keadaan ular tersebut, lebih-lebih lagi melihat panjang ular  ketika anggota bomba itu  bawa turun repitilia tersebut.

Sudah semestinya ramai juga yang memuji cara pro anggota bomba tersebut menanggap ular itu  dengan mudah.

Dalam masa yang sama, ada antara 2,500 netizen yang retweet dan 67 komen video ini, tertanya dan rasa seriau melihat ular tersebut boleh sampai ke atas almari. Kalau diperhatikan pun, almari dia tu agak tinggi, tapi tengok saiz ular tu pun, hurmmm.

Ular Tedung Atas Almkari Ular Tedung Atas Almkari 2 Ular Tedung Atas Almkari 3 Ular Tedung Atas Almkari 4

Min pun rasa seriau bila tengok video ni, apapun salute dengan abang-abang bomba ni.

Baca : “Kena join kursus pulak” – [VIDEO] Tengah Syok Piknik Tiba-tiba Kena Dengar Briefing Abang Bomba 

Lm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.