in

“Ada maksud tersirat” – [VIDEO] Penari Jelaskan Apa Yang Mereka Nampak Semasa Memakai Kostum Tarian Singa

Ft Maksud Tersirat Tarian Singa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai di antara kita yang pernah tengok persembahan tarian singa yang kebiasannya berlaku semasa hari perayaan Tahun Baru Cina.


Namun, pernah tak korang terfikir macam mana penari yang berada di dalam kostum itu melihat semasa melakukan persembahan?

Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang individu bernama @kionzchan telah menerangkan cara bagaimana seorang penari tarian singa melihat semasa berada di dalam kostum.

@kionzchan

Replying to @7j7xe4clc8uj4xlc8c7klc macam mana orang nampak sekeliling bila berada dalam tarian singa? Jom Kionz review #CNYBazaar2023 #MaliBelajar #KionzChan #TikTokGuru #BuatJanganTakBuat #LionDance #TarianSinga #barongsai

♬ original sound – Kionz.C | Video Mktg Expert – Kionz.C | Video Mktg Expert

Pemilik akaun tersebut yang bernama Kion adalah seorang penari dan juga jurulatih separuh masa tarian singa memberitahu, bahawa seorang penari hanya boleh melihat melalui mulut kostum singa tersebut dan bukan matanya.

Walaubagaimanapun, seorang penari itu tidak disarankan untuk sentiasa melihat hadapan menggunakan mulut singa tersebut kerana ia akan menyebabkan mata singa itu seolah-olah memandang ke langit.

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, penari bahagian kepala singa itu hanya dapat melihat kehadapan satu langkah sahaja semasa melakukan persembahannya.

Screenshot 2023 02 02 120723

Menerusi video tersebut, dapat dilihat penari tarian singa itu hanya dapat melihat lantai yang berada satu langkah di hadapannya dan bukan tepat kepada penonton.

Hal ini sebenarnya mempunyai maksud dan pengajaran yang tersirat, jelas Kion perkara ini adalah seumpama orang-orang yang tidak bernasib baik dan tidak dapat melihat masa depan mereka dengan cerah namun perkara ini harus kita membuat sehabis baik sehingga mencapai matlamat utama kita.

“Walaupun kita hanya boleh nampak satu langkah sahaja depan kita, kita harus berusaha dan buat sehabis baik sehingga kita dapat mencapai matlamat yang dituju walaupun kita masih belum nampak apakah rupa kejayaan di hadapan kita,” katanya.

Screenshot 2023 02 02 120813

Wahh baru min tahu rupanya ada maksud tersirat…

Baca : [VIDEO] Netizen Kagum Tengok Aksi Gadis Berhijab Ini Menari Tarian Singa

Ft Tarian Singa 608X320 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.