in

“Ye ye la tu kau buat”-[VIDEO] Kongsi Rutin Harian Dalam Video Assignment, Mak Tergelak Dengar Anak ‘Rajin’ Di Rumah

Cats 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak bermulanya pembelajaran secara atas talian, tugasan untuk buat video itu sudah menjadi perkara biasa untuk pelajar demi nak menyiapkan tugasan yang diberikan secara online.


Kalau korang perasan dekat media sosial, sudah jadi trend bila ramai yang buat video kononnya terpaksa berkongsi rutin harian mereka di rumah bersama ahli keluarga di sebelah.

 

Dari awal sampai habis asyik tergelak

Salah seorang pengguna Twitter yang memegang akaun bernama rotigardenia juga tidak ketinggalan mengikut trend yang sedang viral di media sosial itu.

Menerusi satu video yang dimuat naik olehnya baru-baru ini, dia dikatakan ingin merakam video assignment yang memerlukan dia berkongsi rutin harian di rumah sebagai bersama ibu kesayangannya yang duduk di sebelah.

Apa yang menghiburkan adalah bila ibu lelaki itu tidak boleh berhenti ketawa bila dengar rutin harian yang dikongsikan oleh anaknya itu. Dia seolah-olah tidak percaya yang anaknya kata dia buat semua kerja rumah seperti memasak, tolong kemas rumah dan tolong ayahnya di bengkel. Hakikatnya, dia tahu yang anak dia cuma berbohong.

“Saya akan bangun pukul 8 setiap hari, kemas rumah dan masak untuk tengah hari sebab mak saya tak nak masak.”

Photo6197033936182422727

 

Muka ibu berubah tiap kali dengar kononnya anak rajin

Reaksi ibunya yang mendengar setiap ‘pembohongan’ anaknya itu buatkan mereka berdua tak dapat tahan gelak dan terus ketawa sepanjang rakaman video tersebut.

Wanita itu juga menafikan yang anaknya tidak buat pun kerja-kerja rumah yang kononnya dia kata dia buat. Nasib baik tak kena bantai dengan ibu kat situ. Sabaaaar jelah ye dengar anak acah-acah rajin kat rumah.

Photo6197033936182422729

 

Netizen terhibur dan teringat ibu di rumah

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat dua beranak itu bila melihat video yang dikongsikan oleh lelaki itu di Twitter.

Ada juga yang beritahu video itu buatkan diorang teringat ibu diorang dan rindu nak gelak ketawa dengan ibu masing-masing.

Photo6197033936182422730

Photo6197033936182422731

Sabar jelah mak-mak ni layan kerenah anak-anak diorang. Layankan ajelah ye…

 

Sumber: rotigardenia

Baca:”Lembut je dia cakap”-[VIDEO] Mak Terkejut Dapat Tahu Anak Menantu Berhutang RM 10 Ribu, Rupa-Rupanya Kena ‘;Prank’ Birthday

Capture 19

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.