in

“You mau kepala pecah ke?”

Furious Woman Uses Steering Lock To Attack Dbkl Officers For Clamping Her Car World Of Buzz 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"You mau kepala pecah ke?"
Loading
/

Tak ada siapa yang suka kereta dorang kena clamp. Tapi kalau korang pergi parking sesuka hati tanpa ikut peraturan, haa tunggulah pegawai penguatkuasa serbu kereta korang. Lepas tu, jangan nak marah-marah pulak macam akak kat bawah ni sebab pegawai tu hanya jalankan tugas mereka je!


Baru-baru ni viral sebuah video yang dimuat naik Facebook page City Carpark menunjukkan seorang wanita tengah naik angin dan menyerang dua pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas mereka clamp kereta miliknya yang diparkir kat tempat yang salah.

Furious Woman Uses Steering Lock To Attack Dbkl Officers For Clamping Her Car World Of Buzz 2
sumber: facebook

Kejadian yang berlaku pada 4 Jun jam 4.50 petang tu dikatakan bermula apabila wanita tersebut dilihat bertekak dengan dua pegawai DBKL disebabkan harga saman dan kos untuk membuka clamp pada tayar keretanya. Sakit hati sebab tak jumpa jalan penyelesaian, wanita tu terus ke keretanya dan bawak keluar steering lock nak pukul dua pegawai tadi. Ehh dah kenapa akak ni??

Furious Woman Uses Steering Lock To Attack Dbkl Officers For Clamping Her Car World Of Buzz 4
sumber: facebook
Furious Woman Uses Steering Lock To Attack Dbkl Officers For Clamping Her Car World Of Buzz 6
sumber: facebook
Furious Woman Uses Steering Lock To Attack Dbkl Officers For Clamping Her Car World Of Buzz 5
sumber: facebook

Dia kemudian menjerit,“You mau kepala pecah ke, kereta pecah?” sebelum dia bertindak untuk memukul pegawai-pegawai tersebut dengan steering lock. Wuish samseng habiss! Walau bagaimanapun, video tersebut berakhir lepas salah seorang pegawai minta kawannya laporkan hal ni kepada polis.

Tonton video di sini:

Sehingga kini tidak diketahui sama ada laporan polis sudah dibuat ke atas wanita tersebut ataupun tidak. Namun rata-rata netizen mengecam tindakan pengguna terbabit yang cuba mengelak bayar saman dan tak menghormati dua pegawai tadi.

Komen 3
sumber: facebook

Ini bukan insiden pertama yang melibatkan steering lock ye. Ingat lagi Kiki dan seorang lagi pengguna jalan raya yang viral tahun lepas? Mereka cuba lari daripada kesalahan dengan mengugut mangsa guna kekerasan.

Apa-apapun admin harap pengguna jalan raya lepas ni cubalah kawal kemarahan dan jangan langgar undang-undang yang dah tetapkan. 

Baca: Kecoh Wanita Steering Lock Naik Hantu Marah Pegawai MPSJ Kerana Kunci Tayar Keretanya

St

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.