in

WhatsApp Kena ‘Hacked’ Tanpa Sedar, Mangsa Terkejut Rakan Nyaris Pindah Duit RM4,300!

Syaz Ft 47

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ancaman penipuan siber kini semakin membimbangkan apabila sindiket penggodaman dilaporkan mampu mengambil alih akaun aplikasi mesej peribadi secara senyap tanpa disedari oleh pemilik sah.

Situasi cemas ini dikongsikan menerusi sebuah hantaran media sosial, di mana mangsa mendedahkan pengalaman berdepan insiden akaun WhatsApp beliau diceroboh pihak tidak bertanggungjawab.


Artikel berkaitan: Siap Pakai Internet Starlink, Markas Scam Antarabangsa Terbongkar Di Resort Terbengkalai Dekat Pahang

Artikel berkaitan: “Scammer makin licik” – Lebih 800 Penduduk FELDA Dididik Untuk Kenal Pasti Ancaman Dalam Talian

Kejadian mula terbongkar apabila rakan mangsa menghubungi beliau menerusi platform Instagram bagi mendapatkan kepastian berhubung perbualan yang sedang berlangsung di WhatsApp. Mangsa bertindak menyemak telefon bimbit miliknya dan terkejut mendapati tiada sebarang rekod perbualan keluar dikesan pada paparan peribadi beliau, sedangkan rakannya sedang berinteraksi dengan individu lain yang menyamar sebagai dirinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by faiz (@sparkkpistols)

Rakan mangsa nyaris memindahkan wang sebanyak SGD1,300 (anggaran RM4,300) kepada pihak ketiga selepas terpedaya dengan helah bahawa had transaksi harian mangsa telah penuh dan memerlukan bantuan segera.

Malah, penyamar itu turut memberikan pelbagai alasan bagi meyakinkan mangsa agar tidak memanjangkan syak wasangka. Tindakan pantas rakan mangsa menghubungi talian suara serta membuat semakan lanjut akhirnya berjaya mematahkan niat jahat penjenayah terbabit daripada terus melakukan pemindahan wang.

Susulan kejadian berkenaan, satu laporan polis telah rasmi dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh pihak berkuasa. Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, meningkatkan tahap keselamatan akaun masing-masing dengan mengaktifkan ciri pengesahan dua faktor (2FA), serta segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pusat bantuan yang disediakan.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.