in

Warga Emas Terlepas Dari Dibaham Buaya, Guna Pisau Lipat Untuk Selamatkan Diri

2Buaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buaya adalah haiwan jenis pemangsa yang sangat bahaya. Kalau ternampak buaya kat sungai tu, cepat-cepat lah lari atau jangan pegi dekat-dekat. Sekali kena ngap dengan buaya, alamatnya ke meninggal lah kita ni.


Satu kejadian melibatkan buaya di sungai dilaporkan baru-baru ini. Kejadian berlaku dia Cape York, Queensland, Australia melibatkan seorang warga emas berumur 60-an yang sedang memancing di kawasan rumahnya.

Screenshot 2021 11 14 At 1.11.12 Pm
Sumber: google image

Memetik laporan The Guardian, sewaktu memancing, warga emas tersebut ternampak ada seekor kerbau yang berdiri di tebing sungai. Beliau kemudiannya menghalau kerbau tersebut untuk memancing disitu. Ketika beliau sedang menyiapkan jorannya, seekor buaya tiba-tiba keluar dari sungai dan menjatuhkannya.

Screenshot 2021 11 14 At 1.09.59 Pm
Sumber: google image

Buaya tersebut kemudiannya membaham kaki warga emas itu dan mula mengheretnya ke dalam sungai. Dalam keadaan panik itu, beliau sempat mencapai dahan pokok bakau. Walaubagaimanapun, beliau kehabisan tenaga dan melepaskan dahan pokok bakau itu dan buaya tersebut mengheretnya ke dalam sungai.

Screenshot 2021 11 14 At 1.10.10 Pm
Sumber: google image

Menyedari keadaan ayng kian meruncing itu, warga emas itu kemudiannya menggunakan pisau lipat yang dibawanya untuk menikam kepala buaya itu. Buaya itu kemudiannya melepaskan cengkaman dan bergegas ke dasar sungai. Selepas dilepas dari cengakaman buaya, warga emas itu kembali ke kawasan yang lebih selamat di gigi sungai.

Screenshot 2021 11 14 At 1.13.16 Pm
Sumber: google image

Selepas kejadian itu, warga emas itu memandu ke Hospital Cooktown dan kemudiannya diterbangkan ke Cairns untuk rawatan lanjut. Pihak hospital mengesahkan kesan gigitan pada kaki warga emas itu adalah dari buaya. Pihak berkuasa juga percaya buaya itu mungkin tertarik akan kehadiran kerbau yang pada mulanya berada situ.

Screenshot 2021 11 14 At 1.09.50 Pm
Sumber: google image

Walaubagaimanapun, pihak berkuasa tidak akan menangkap buaya dikawasan itu kerana kediaman warga emas itu terletak berjauhan dengan tempat awam dan agak terpencil.

 

Baca: “Definisi sebenar peribahasa” – Netizen Terkejut Tengok Buaya Besar Tiba-tiba Melompat Dari Air Sungai Yang Tenang

Screenshot 2021 11 14 At 1.13.28 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.