in

“Definisi sebenar peribahasa” – Netizen Terkejut Tengok Buaya Besar Tiba-tiba Melompat Dari Air Sungai Yang Tenang

2Buaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Kita selalu dengar peribahasa yang mengambarkan maksud orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut ni. Mungkin ada dalam kalangan kita yang pernah guna peribahasa ni untuk tulis karangan atau dalam pertuturan seharian.



Ada satu video yang menggambarkan peribahasa ni secara tepat, tapi bukan dari sudut maksudnya. Dalam video tersebut, korang boleh tengok seekor buaya yang besar tiba-tiba keluar dari sebatang sungai yang tenang. Korang voleh tengok video @mrcreepyposta kat bawah ni.

 

Besar weh

Fuhh… min terkejut tengok video ni. Memang betul-betul menggambarkan peribahasa lah. Ingatkan tak ada apa-apa, sekali keluar mak aii punya besar.

Screenshot 2021 10 16 At 11.57.22 AmYe betul. Peribahasa live action. Jarang nampak peribahasa jadi live macam ni. Indah betul bahasa kita ni kan. 

Screenshot 2021 10 16 At 11.58.09 AmMin kalau jumpa sungai tenang-tenang macam ni memang tak ada lah nak masuk mandi. Tengok pula air tu keruh macam tu. Hmmm takpe lah, min sanggup tak mandi lagi. 

Screenshot 2021 10 16 At 11.58.59 AmBesar weh. Betul punya besar. Boleh pulak dia melompat keluar macam tu. Terkejut weh tengok. 

Screenshot 2021 10 16 At 11.57.43 AmMin masih pelik macam mana orang yang campak kayu tu tahu ada buaya dalam sungai tu. Mesti ilmu hutan dia tinggi. Takpun buaya tu ada bagi teaser sikit sebelum dia rakam kan. 

Harap kalau korang nak mandi sungai tu tengok dulu lah keadaan. Campak lah benda macam orang ni buat dalam video. Takpun cari je sungai yang ramai orang, selamat lah sikit.

 

Baca: “Igt kat semenanjung xde buaya macam ni” – Lelaki Terkejut Tengok Buaya Besar Lepak Tepi Sg. Linggi

Screenshot 2021 10 16 At 12.01.40 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.