in

Wanita Tangkap Lelaki Ambil Video Bawah Kain Kesal Pihak Polis Lepaskan Pesalah

Page 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Wanita Tangkap Lelaki Ambil Video Bawah Kain Kesal Pihak Polis Lepaskan Pesalah
Loading
/

Korang perasan tak yang kes lelaki pervert dalam negara ini makin berleluasa? Memang bukan semua lelaki macam tu, tapi ada sahaja kes sebegini dilaporkan…


Minggu lalu, seorang wanita berkongsi di Facebook tentang kisahnya berdepan dengan lelaki pervert di sebuah stesen minyak. Mun Mun Tan menjadi mangsa seorang lelaki yang merakamkan video bawah kain di stesen minyak Shell terletak di lebuhraya MRR2, 9 Mei lalu.

Lelaki tidak guna ini ditangkap sedang merakamkan video bawah kain. Laporan polis telah dibuat tetapi tidak diterima kerana tiada bukti yang sahih untuk menyokong kes ini kerana telefon bimbit dicampak oleh mangsa menyebabkan tidak boleh dihidupkan semula. Sangat merepek, ladies, tolong berwaspada dengan lelaki tidak guna ini, dia masih bebas di luar sana!”

Beliau turut kongsi sebuah video menunjukkan rakaman CCTV yang diambil dan gambar pesalah berkenaan di media sosial. Video berdurasi satu minit itu menunjukkan seorang gadis, berkemungkinan dirinya, sedang berjalan masuk ke dalam kedai dan menuju ke arah kaunter bayaran. Selepas 30 saat di dalam kedai itu, lelaki berkenaan muncul dan dilihat memasuki kawasan kedai.

Lelaki2
sumber: facebook

Lelaki yang memakai t-shirt berwarna putih itu dilihat memegang telefon bimbitnya sepanjang masa. Dia kemudian beratur di belakang wanita berkenaan, sementara telefon bimbitnya itu dihalakan ke arah wanita tersebut. Melalui rakaman video, boleh dilihat bahawa lampu kamera telefon bimbit itu dipasang dan wanita itu mula menyedari menyebabkannya berasa tidak selesa. Kalau dah pasang flash, confirm lah perasan kan…

Lelaki3

Beliau kemudian mula memandang sekeliling sementara lelaki itu berlagak seperti tiada apa yang berlaku sehinggalah sampai giliran wanita itu untuk membayar.

Lelaki itu mengambil peluang, dengan pantas terus membongkokkan badannya untuk mengambil gambar bawah kain wanita berkenaan. Wanita itu yang menyedari tindakannya terus berpaling dan terus merampas telefon bimbit tersebut sebelum campak ke atas lantai.

Lelaki4

Namun, sebaik dia membuat laporan polis, wanita itu mendakwa pihak polis melepaskan lelaki tersebut kerana tiada ‘bukti yang sahih’. Rakaman yang diambil lelaki itu tidak dapat ditunjukkan kepada pihak polis kerana telefon bimbit tersebut tidak dapat dihidupkan semula selepas dicampakkan ke atas lantai.

Menurut gadis itu, dia berkongsi cerita berserta gambar dan video tersebut dengan tujuan untuk memberi peringatan kepada semua gadis untuk berwaspada jika terjumpa lelaki tersebut. Ingat muka lelaki ni okay…

Takkan semudah itu pihak polis melepaskan pesalah sebegini. Mungkin dia tidak melakukan jenayah berat seperti membunuh tetapi macam mana wanita nak rasa selamat kalau polis pun ambil ringan dengan masalah sebegini. Kan?

Tonton video ini di bawah:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.