in

Wanita Putuskan Hubungan Dengan Teman Lelaki Yang Terlalu Berkira Kerana Mi Goreng

Bg1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah pasti zaman percintaan waktu universiti adalah saat yang paling manis dalam fasa kehidupan remaja. Namun, bercinta semasa belajar juga agak mencabar oleh kerana kekangan kewangan yang perlu dihadapi dan itu boleh menjadi punca sesuatu hubungan diputuskan.


3 14
gambar hiasan

Baru-baru ini seorang pelajar wanita telah berkongsi kisah percintaannya di UTAR Confessions dan menceritakan sikap teman lelakinya yang seakan-akan Haji Bakhil.

“Jika anda mempunyai seorang teman lelaki yang kedekut sampai seringgit dua untuk beli makanan pun dia berkira, adakah anda fikir hubungan itu dapat berkekalan?”

Teman lelakinya pernah membelikan gadis itu mi goreng yang berharga RM5.50. Namun, apabila wanita itu telah membayar amaun tersebut, lelaki itu meminta lagi tambahan RM1.50 kerana dia telah memesan mi lebih bagi hidangan tersebut.

6 14
gambar hiasan

“Jadi saya segera keluarkan RM2 untuk kembalikan wangnya. Bukannya saya tidak mahu bayar, tetapi dia tidak beritahu saya pun tentang mi tambahan itu.”

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa insiden lain sebelum ini yang menunjukkan sikap sebenar lelaki tersebut.

Kekasihnya pernah menawarkan diri untuk menjemput gadis itu di perhentian bas kerana cuaca sedang hujan. Ketika itu, gadis tersebut berasa terharu kerana teman lelakinya tidak pernah melakukan perkara seperti itu sebelum ini.

4 27
gambar hiasan

Keesokan harinya, lelaki tersebut memberitahu bahawa dia biasanya akan berkongsi duit minyak bersama beberapa rakannya yang selalu menaiki keretanya ke kelas.

Tetapi dia mahu meminta sedikit wang juga pada gadis itu oleh kerana dia telah mengambilnya dari perhentian bas. Gadis itu kemudian mencadangkan kepada lelaki tersebut supaya berbincang hal itu kepada rakannya kerana gadis itu hanya menumpang kereta tersebut kali itu sahaja.

Selepas berbincang dengan rakannya, dia telah membuat keputusan untuk tidak meminta duit dari teman wanitanya itu. Eh, apehal kawan dia taknak bayar?

Pada hari yang sama, lelaki tersebut juga ada memberitahu bahawa harga petrol bagi bulan itu telah meningkat dan tiba-tiba mengingatkan gadis tersebut bahawa mereka telah pergi ke Ipoh minggu lepas untuk menonton wayang.

“Dengan segera saya keluarkan RM20 dari dompet saya dan memberitahu dia bahawa ia adalah duit untuk tambang minyak. Pada mulanya dia enggan mengambil wang itu tetapi selepas saya mendesak, dia terima juga. “

5 15 E1500611454182
gambar hiasan

Gadis itu berkata dia tidak kisah mahu berjimat oleh kerana mereka berdua masih lagi belajar dan belum mempunyai wang pendapatan sendiri tetapi sikapnya yang kedekut itu kadang kala melampau.

Dia mengakhiri status tersebut dengan memberi pandangannya sendiri terhadap situasi tersebut.

“Saya cuba berbincang dengannya tentang perkara ini tetapi dia masih tidak faham kerana kawan-kawannya juga sebegitu. Oleh kerana kami masih menggunakan wang dari ibu bapa kami, kami patut berterus-terang tentang hal ini. Adakah dia benar-benar fikir bahawa dia boleh mempunyai seorang teman wanita tanpa menghabiskan satu sen terhadapnya? “

Dia juga telah meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap layanan lelaki tersebut sepanjang hubungan mereka.

“Maaf, dia boleh panggil saya materialistik tetapi saya tidak boleh terima hubungan seperti ini. Saya harap dia akan jumpa wanita yang sanggup memahami kehendaknya kerana saya tidak boleh. Saya mahukan seorang teman lelaki yang tidak begitu berkira dengan saya atau meminta saya tambah duit kerana tidak cukup seringgit dua untuk makanan yang mempunyai mi tambahan, telur atau daging.”

Status tersebut terus menjadi tular di media sosial kerana ramai orang membahaskan tingkah laku kedua-dua pelajar itu dan ada juga beberapa netizen yang berkongsi pengalaman mereka sendiri.

Tak kisah lah siapa betul, masing-masing ada pandangan sendiri. Tapi, kalau betul nak berkira, jangan pada teman wanita je. Kawan-kawan pun kena faham juga.

Baca : Wanita Tendang Kemaluan Teman Lelaki Kerana Enggan Membeli Buah

Bg 2 E1500609215687

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.