in

[VIDEO] Punya Lama Hadap Jammed, Lelaki Ini Sempat Buat RPK Macam Test JPJ!

Rpk Featured 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak dah boleh rentas negeri ini, ramai dah mula pergi bercuti dan balik kampung. Highway punya jammed jangan cerita lah, laluan ke Genting Highland tu beberapa hari ini memang banyak gila kereta!


Kebelakangan ini, cuaca di Malaysia nampak macam sesuai je untuk pergi berkelah. Mungkin sebab itu lah ramai yang ke Genting Highland. Suasana sesak di kawasan highway tersebut terlihat banyak di post oleh netizen di media sosial.

Sehubungan itu, tular di media TikTok, sekumpulan remaja yang dalam perjalanan ke Genting Highland terlihat penat sangat menunggu jammed sehingga sempat keluar kereta di tepi jalan dan buat RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan) macam test JPJ!

@bedansss

Bile jalan jem be like #fyp #viral #gentinghighlands

♬ original sound – Kayleigh Broadway

“Air suling dan minyak mencukupi”- bedansss 

Selain daripada terhibur dengan gelagat mereka berhenti di tepi jalan dan membuat RPK tersebut, mereka juga telah mendapat banyak respon daripada netizen! Kebanyakannya sempat throwback masa ambil test JPJ dulu.

Komen Rpk 7

Pun begitu, ada juga yang mengatakan bahawa mereka terlalu tua sebab tak tahu apa itu RPK! Katanya zaman dahulu tak ada RPK dalam test JPJ. Untunglah siapa yang tak kena test RPK ni… Kalau tak, jenuh ya nak hafal satu-satu bahagian kereta tu. 

Komen Rpk 8

Tetapi, ada bagusnya juga RPK ni. Kalau tak, pemandu jalan raya zaman sekarang tahu drive je, tapi bila kereta rosak apa pun tak tahu. Mula lah gelabah nanti!

Baca: Kecoh Pelekat Lesen P JPJ Laku Keras Di Laman Web E-dagang China

Baca Rpk

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.