in

[Video] “Nasib seorang menantu” – Walaupun Rajin Tolong Buat Kerja Rumah, Wanita Ini Tetap Dituduh ‘Goyang Kaki’ Oleh Mentua

Ft Mentua Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang terdengar kalau sudah berkahwin elakkan daripada tinggal serumah dengan mentua? Hal ini kerana banyak isu yang akan terjadi dalam urusan rumah tangga kelak sehinggakan bukan sahaja boleh bergaduh sesama ahli keluarga, malah boleh membawa kepada penceraian.


Seperti yang berlaku kepada wanita ini, menerusi perkongsiannya di TikTok @amelia_kusuma dia telah berkongsi layanan yang diterimanya ketika menumpang di rumah mentua.

Menurut wanita itu, dia baru sahaja bernikah dengan suaminya beberapa bulan yang lepas dan masih menumpang di rumah mertua gara-gara masih mencari rumah sendiri.

 

Penat balik kerja tetap rajin buat kerja rumah

Menerusi klip video yang dimuat naik olehnya, wanita itu baru sahaja pulang dari tempat kerja. Walaupun penat seharian di tempat kerja, dia dilihat masih rajin membantu mentuanya untuk melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, mencuci pinggan, mengemas dapur dan sebagainya.

Tiktok Basuh Pinggan

Feat Tiktok 1

 

Dalam rumah ada mentua dan kakak ipar

Menurutnya lagi, dirumahnya pada ketika hanya tinggal dia bersama mentua serta kakak iparnya sahaja manakala suaminya pula masih belum balik dari tempat kerja.

@amelia_kusuma

Wangi menantu nya awal” aja bund? #menantu #fyp #fypシ #Lazada1111 #SumpahAkanBerubah #mertuadanmenantu #mertua

♬ Di Persimpangan Dilema – Terry

Selepas selesai mengemas rumah keluarga mentuanya, wanita itu berehat sekejap di dalam bilik untuk melepaskan lelah sambil menunggu suaminya balik dari kerja.

Namun, sebaik suaminya sampai sahaja di rumah, dia terdengar pula perbualan antara ibu mentua dengan suaminya melalui pintu bilik mereka.

 

Ibu mentua ‘mengumpat’ dirinya dekat suami

Apa yang menyedihkan, ibu mentuanya itu telah ‘mengumpat’ berkaitan dirinya kepada suaminya dengan mengatakan bahawa isterinya itu ‘goyang kaki’ di rumah dan hanya tidur serta bermain handphone tanpa membantu melakukan kerja-kerja rumah.

Tiktok Pintu

Lepas sampai dekat pintu, aku dengar mentua mengadu kepada suami aku yang aku cuma tidur dan bermain handphone

Tambahnya, dia terasa ingin mengadu hal tersebut kepada ibunya sendiri, namun dia masih ingat walau bagaimana buruk pun perbuatan itu, wanita itu masih bergelar ibu mentuanya yang harus dihormati.

@amelia_kusuma

tidak bermaksud menyindir siapapun??#SumpahAkanBerubah #Lazada1111 #fypシ #fyp #menantu #mertua

♬ Kamu & Kenangan – Original Soundtrack Habibie & Ainun 3 – Maudy Ayunda

 

Ditonton sebanyak 11 juta kali

Klip video itu berjaya tular dan meraih perhatian netizen sehingga ditonton sebanyak 11 juta kali. Menjengah ke ruangan komen pula, kebanyakan netizen meluahkan pengalaman masing-masing yang hampir serupa ketika duduk sebumbung dengan keluarga mentua.

Ada juga netizen yang menasihati pasangan itu supaya cepat-cepat mencari rumah sendiri dan berpindah keluar untuk mengelakkan isu-isu terasa hati ini terjadi di kemudian hari.

Sebelum kahwin tu, lebih baik cari siap-siap rumah sendiri walaupun rumah sewa. Privasi pun lebih terjaga.  

Baca: “Sekejap je dah dianggap org luar” – Baru Seminggu Suami Meninggal, Keluarga Mentua Buang Dari Group Keluarga Baca Mentua

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.