in

“Sekejap je dah dianggap org luar” – Baru Seminggu Suami Meninggal, Keluarga Mentua Buang Dari ‘Group’ Keluarga

Featured2

Hubungan silaturahim antara menantu dan keluarga mentua seharusnya kekal baik meskipun selepas pasangan mereka meninggal dunia. Namun, sebaliknya yang berlaku kepada seorang wanita baru-baru ini.

Kisah itu dikongsi oleh Akhtar Syamir di Facebook baru-baru ini di mana menurutnya seorang wanita disisihkan oleh keluarga mentua selepas seminggu kematian suaminya.

Semalam saya ada terbaca. Baru seminggu dua suami meninggal, si isteri telah dikeluarkan dari group family.”

 

Lupa tanggungjawab menjaga anak-anak arwah

Kata Akhtar, balu tidak dapat menahan sedih dan menangis apabila mengenangkan bahawa dia sudah dianggap ‘orang luar’ oleh keluarga mentua dengan begitu singkat.

Di saat dia dan anak-anak memerlukan sokongan dan bantuan. Ikatan silaturrahim seperti diputuskan.” 

Nangis1

Memang menyedihkan realiti hidup zaman sekarang kerana sebenarnya masih ramai keluarga mentua yang tidak peka dan tidak tahu tentang tanggungjawab terhadap menantu serta cucu-cucu selepas kematian anak mereka.

Mungkin hubungan balu dengan keluarga suami hanya sah semasa arwah masih hidup. Mungkin mereka tiada kesedaran mengenai tanggungjawab menjaga anak-anak buah oleh bapa dan ibu saudara.”

 

“Mungkin kalau suami banyak harta lain layanan”

Katanya lagi, mungkin layanan terhadap menantu serta cucu-cucu akan berbeza jika sekiranya si suami mempunyai banyak harta yang ditinggalkan.

Jangan kerana tamakkan harta dunia, akan menjadi miskin ketika di akhirat kelak.”

Kubur1

Akhtar sempat menasihati dan mengingatkan agar kita semua tidak membeza-bezakan layanan atau memutuskan silaturrahim seperti yang menimpa wanita tersebut.

Sentiasalah anggap isteri kepada adik beradik adalah ahli keluarga juga dan anak-anak buah adalah tanggungjawab ibu dan bapa saudara.”

Jangan diputuskan hubungan yang telah terjalin. Darah yang sama mengalir di dalam badan anak-anak yang kehilangan bapa itu.”

Tergamaknya mentua tu…

Baca: “Saya hanya saman Ali Puteh” – Nor Hidayah Akhirnya Buka Mulut Jelaskan Dakwaan Saman Terhadap Ibu Mentua

Dd 4