in

[VIDEO] Lelaki ‘Nervous’ Nak Lafaz Akad Nikah, Terus Pergi & Peluk Mak Untuk Minta Restu

J6J5Hgef

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan sekali lafaz sahaja, bersatulah dua mempelai bergelar sebagai suami isteri yang sah. Namun, melafazkan akad nikah itu bukanlah perkara mudah buat sesetengah bakal suami dimana ada antara mereka yang sering tersasul dan terpaksa mengulang lafaz lebih daripada satu kali.

Selalunya yang tersasul ni sebab datangnya perasaan gemuruh semasa majlis akad nikah berlangsung. Mana taknya, ramai saudara-mara dan rakan-rakan yang turut hadir menyaksikan momen yang terindah itu bersama-sama.


Seperti baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan seorang lelaki yang dilihat seperti gemuruh semasa ingin melafazkan akad nikah.

Lelaki ‘nervous’ nak lafaz akad nikah, terus peluk mak sebab nak tenangkan diri

Sebuah video yang berdurasi lebih 1 minit itu telah dikongsikan di laman TikTok, memaparkan situasi seorang lelaki berdepan perasaan gemuruh semasa ingin melafazkan akad nikah sewaktu majlis perkahwinan.

Apa yang menarik perhatian adalah lelaki tersebut bertindak pergi ke arah ibunya dan memeluk erat difahamkan ingin menenangkan diri dan meminta restu sebelum menyambung lafaz akad nikahnya.

@rianyana2

Membalas @shalizaalladdin

♬ suara asli – rianyana2 – rianyana2

Menerusi video tersebut, lelaki itu memang jelas dilihat riak wajahnya yang agak gemuruh dan takut semasa majlis berlangsung. Tok Kadi juga pada awalnya memberi ruang kepada pengantin lelaki untuk ambil masa dan berlatih melafazkan akad terlebih dahulu.

“Ni video sebelum akad nikah dia minta restu dekat mama dia.”

Raih perhatian netizen, ada yang turut sebak

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak selepas melihat video tersebut kerana tidak sangka lelaki yang dilihat kuat akhirnya ditundukkan oleh insan yang bergelar ibu. Ada juga yang mendoakan pasangan tersebut agar sentiasa berbahagia dan hubungan berkekalan.

Screenshot 2022 10 28 At 4.54.49 Pm

Screenshot 2022 10 28 At 4.55.04 Pm

Screenshot 2022 10 28 At 4.55.13 Pm

Min turut doakan kebahagiaan mereka berdua dan sentiasa dirahmati Tuhan…

Baca: Didakwa Kahwin Tanpa Pengetahuan Keluarga, Abang Viva Akhirnya Buka Mulut

Screenshot 2022 10 28 At 4.59.30 Pm

 

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.