in

“Video anak lahir pun dikritik” – Isteri Penjaga Gol Jadi Sasaran Kecaman Netizen Korea Selatan

Isteri Penjaga Gol Korea Selatan Kecaman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isteri kepada penjaga gol Korea Selatan yang juga pelakon dan model terkenal, Kim Jin Kyung terpaksa menutup ruangan komen di akaun media sosialnya selepas menjadi sasaran kecaman netizen di sana susulan kecewa dengan prestasi suaminya.

Akaun media sosialnya diserang selepas kesilapan Kim Seung Gyu yang dikatakan menyumbang kepada penyingkiran awal Korea Selatan daripada kejohanan Piala Dunia 2026.


Kritikan memuncak selepas Korea Selatan tewas 0-1 kepada tuan rumah, Mexico dalam aksi peringkat kumpulan. Dalam perlawanan itu, Seung Gyu melakukan kesilapan ketika mengawal bola sebelum pemain tengah Mexico, Luis Romo mengambil peluang untuk menjaringkan gol kemenangan.

Nasib Korea Selatan terus malang apabila tewas 0-1 kepada Afrika Selatan dalam aksi terakhir kumpulan, sekali gus menamatkan kempen mereka dengan hanya satu kemenangan dan dua kekalahan.

Selepas penyingkiran itu, Seung Gyu dihujani pelbagai kritikan daripada penyokong. Bagaimanapun, kemarahan netizen tidak terhenti kepada pemain itu apabila mereka turut menyerbu akaun media sosial isterinya dengan pelbagai komen negatif.

Artikel berkaitan: “Dilarang masuk!” – Bekas Jurulatih Dihalang Masuk Kedai Selepas Korea Selatan Tersingkir Dari Piala Dunia

Artikel berkaitan: UAI Dedah 6 Jersi Piala Dunia Yang Mempunyai Lambang Salib & Tak Digalakkan Dipakai Oleh Umat Islam

Video anak lahir turut jadi sasaran

Bahkan, video vlog YouTube Jin Kyung yang memaparkan pengalaman melahirkan anak sulung mereka turut menjadi sasaran.

Menurut laporan Kbizoom, ramai netizen menggunakan video peribadi tersebut untuk meluahkan rasa kecewa terhadap prestasi penjaga gol berusia 34 tahun itu.

Hal itu menyebabkan Jin Kyung terpaksa mengehadkan interaksi di media sosial, hanya pelanggan saluran YouTubenya dibenarkan meninggalkan komen, manakala ruangan komen pada beberapa platform lain telah ditutup sepenuhnya.

Snapinsta.to 710374251 18593829913055575 698763075625076801 N

Seung Gyu korbankan detik kelahiran anak sulung demi Piala Dunia

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Jun 2024 dan baru sahaja dikurniakan cahaya mata perempuan pertama mereka.

Disebabkan komitmen bersama skuad kebangsaan di Piala Dunia 2026, Seung Gyu tidak dapat menemani isterinya ketika proses kelahiran.

2026061214364136195 1

Dia hanya dapat melihat bayi mereka menerusi gambar dan panggilan video, malah detik anaknya membuka mata buat kali pertama juga disaksikan menerusi panggilan video sebelum Korea Selatan mencatat kemenangan 2-1 ke atas Republik Czech.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.