in

“Ustaz social media kembali lagi”

Page Anjing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai seorang umat Islam, kita kenalah saling ingat mengingatkan antara satu sama lain bila terlihat ada kemungkaran dekat depan mata. Cara nak menegur pun mestilah kena betul dan berhemah tanpa perlu memalukan orang yang ditegur. Tapi kali ni lain pula ceritanya.


Seorang lelaki nampaknya macam kurang senang ditegur seorang individu walaupun tegurannya secara baik melalui direct message di Instagram. Dia siap tweet sekali dengan screenshot perbualan mereka.

A1 1
sumber: twitter

Di dalam conversation mereka, individu itu menegur dan menyuruh lelaki tersebut samak tangan selepas terlihat gambarnya memegang anjing. Namun, lelaki tersebut membidas dan mengatakan dia tidak perlu menjalankan proses samak kerana kulit anjing itu dan tangannya kering.

 

A2
sumber: twitter
A3
sumber: twitter

Menyedari kesilapan ini, individu tersebut meminta maaf kerana terlepas pandang perkara tersebut.

A4
sumber: twitter

Ramai yang kurang setuju dengan tindakan lelaki terbabit memaparkan conversation mereka ibarat cuba memalukan individu tersebut walhal dia hanya berniat untuk menegur.

Aw
sumber: twitter

Namun begitu, lelaki ini mempertahankan dirinya dengan mengatakan dia tidak berniat jahat dan hanyalah nak tunjuk budaya serta mentaliti yang perlu ditukar memandangkan individu itu menegurnya di media sosial tetapi diri sendiri yang salah.

Aws
sumber: twitter

Tapi apa-apa pun di saat orang ramai geram dengan lelaki ini yang tak boleh terima teguran, katanya individu yang menegurnya pun takde masalah dengan tindakannya kerana faham tujuannya adalah untuk menegur sikap rakyat Malaysia.

A11
sumber: twitter

Lepas ni sama-samalah kita ambil yang baik dan buang yang buruk. Kalau nak tegur tu make sure dengan baik dan check fakta sebelum menegur supaya tidak ada kekeliruan di kemudian hari. Bukan tu je, pastikan jugaklah yang bila orang tegur, lagi-lagi kalau untuk benda yang baik, terima je lah.

Chillex semua!

Baca: Sampai Bila Mentaliti Rakyat Kita di Takuk Ini?

Page Baju K 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.