Bila dengar cerita pasal ular masuk rumah pun dah boleh buat kita seriau, ini kan pula bila kita terpaksa berhadapan atau bersentuhan sendiri dengan ular yang memang kita tahu sangat berbisa.
Macam seorang kanak-kanak umur lapan tahun yang berdepan dengan detik cemas bila seekor anak ular tedung masuk ke dalam baju yang dipakainya.
Menurut Sinar Harian, kejadian ini berlaku di rumahnya di Kuarters Balai Polis Ayer Baloi, Johor. Namun dengan kepantasan ahli keluarganya menghubungi pihak Bomba dan Penyelamat, budak ini dapat diselamatkan tanpa alami apa-apa kecederaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pontian, Azhar Abd Jalil berkata, satu jentera FRV dari Fire Post Benut dengan tiga anggota telah bergegas ke tempat kejadian sejurus dapat tahu mengenai perkara tersebut.
“Sejurus sampai, kita dapati seekor anak ular tedung hitam berukuran 0.5 meter berada di dalam baju kanak-kanak lelaki berkenaan.
“Ular itu dipercayai masuk ke dalam baju ketika mangsa berbaring di ruang pantri.”
Ekoran ini, anggota bomba telah bertindak menggunting baju kanak-kanak tersebut sebelum menangkap ular itu menggunakan alat penjerut.
Ular itu kemudiannya dilepaskan jauh dari penempatan awam.
Allahu, nasib baiklah budak tu takde kena apa-apa sepanjang kena tunggu bomba datang dan tangkap ular tu, kalau min dah melompat dulu tak boleh nak fikir apa.
Baca: Aksi Dua Lelaki Bawa Ular Sawa Menaiki Motosikal Undang Kritikan Ramai