in

Tun M Tak Mengaku Beliau Pemilik The Loaf, Namun Individu Ini Bongkar Kisah Sebenar

Page 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kedai roti popular, The Loaf, yang ditutup secara tiba-tiba pada 12 April yang lalu. Takde angin, takde ribut, tiba-tiba je The Loaf keluarkan notis penutupan mereka yang ditampal pada pintu kedai perdana di Langkawi. Namun ura-ura mengatakan The Loaf akan ditutup di seluruh negara bukan disebabkan masalah kewangan, dan orang ramai masih tertanya-tanya punca pihak The Loaf buat keputusan macam ini.


Kita semua memang dah tahu, Tun Dr Mahathir dan salah seorang individu dari Jepun adalah pemilik kepada kedai tersebut. Namun baru-baru ini, menurut NST, Tun Dr Mahathir menafikan kenyataan yang beliau ada kepentingan dalam bakeri premium The Loaf tersebut. AIKKKK??! Katanya lagi, beliau hanya memiliki 200 saham dalam sebuah syarikat tembakau dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Merc Theloaf2 559683558 1
sumber: wob

Kenyataan yang dikeluarkan Tun M sebenarnya tak betul

Namun menurut Timbalan Pengarah Komunikasi Strategis Barisan Nasional (BNSC), Eric See-To, kenyataan yang dikeluarkan Tun M sebenarnya tak betul. Difahamkan, selama ini Tun M mengaku yang The Loaf itu syarikatnya, tapi bila syarikat tersebut berhenti beroperasi, secara tiba-tiba Tun M tak mengaku pulak syarikat itu milik beliau.

Rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan bahawa Tun M memiliki 10.062 juta saham dalam M&M Consolidated Sdn Bhd, yang membuktikan syarikat itu konfem-konfem beliau punya. Tun M juga adalah pengarah kepada syarikat tersebut. 

Tunm2.Jpeg 1523640037
sumber: nst

Kenyataan dari Tun M bahawa beliau cuma memiliki 200 saham dalam syarikat tembakau dan Permodalan Nasional Berhad itu pun sebenarnya tak betul. Kata Eric, Tun M juga adalah pemilik syarikat Euroala Sdn Bhd dan Evektor, dan kedua-dua syarikat itu adalah pengeluar syarikat penerbangan. Bukan itu je, Tun M juga merupakan pemegang saham ketiga terbesar bagi hotel Istana Golden Horses di Seri Kembangan. Uishhh banyak tuu!

Eric keluarkan semua kenyataan ini menerusi Facebook dia selepas kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun M itu totally lari dari hal sebenar.

Apa-apa pun kami masih tertanya-tanya kenapa The Loaf tutup!

Baca: Bakeri Popular The Loaf Milik Dr M Tutup Semua Cawangan di Malaysia Pada April 12

Capture 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.