Kehadiran Datuk Seri Siti Nurhaliza menjamu selera di restoran Rambayung milik personaliti media sosial dan usahawan terkenal Khairul Aming baru-baru ini menyorot perhatian ramai.
Difahamkan, ia merupakan kunjungan kali kedua buat Biduanita Negara ke restoran yang terletak di Kampung Baru itu.
Dalam pada itu, timbul komen dalam kalangan warganet yang mempersoal bagaimana penyanyi itu dengan mudah mendapat slot di restoran berkenaan, memandangkan ia perlu ‘berebut’ dan sering kali penuh ketika tempahan dibuka.
View on Threads
Artikel berkaitan: “Jadi meet & greet” – Siti Nurhaliza Datang Ke Rembayung Buat Kali Kedua Untuk Sambut Hari Jadi Pengurus
Artikel berkaitan: “Ada 800 pelanggan sehari” – Khairul Aming Respon Pelanggan Merungut Staf ‘Snap’ Banyak Gambar
Menjawab persoalan ramai, pengurusnya Rozi Abdul Razak menjelaskan kehadiran Siti ke restoran Rembayung sebenarnya adalah atas jemputan bagi meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya.
Tegasnya, Siti tidak terlibat dalam proses tempahan atau battle mendapatkan slot di restoran tersebut, sebaliknya hanya hadir sebagai tetamu untuk kejutan yang dirancang.
“Sebenarnya Siti Nurhaliza hanya jemputan meraikan saya, dan saya juga hadir kerana ada surprise sambutan birthday untuk saya di situ. Jadinya yang battle semua tu bukan Siti.
“Dan kebetulan dapat slot tengahari, hari kerja tapi kami hadir juga. Saya terangkan supaya dapat menjawab juga pertanyaan lain,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan menggunakan ‘kabel’ bagi memintas pelanggan lain, Rozi mendedahkan bahawa slot tersebut diperoleh secara sah hasil usaha staf dan ahli keluarganya.
“Ramai yang tanya dalam komen-komen di media sosial dan ada yang kata ‘kabel’. Kunjungan yang pertama dulu dari slot battle anak saudara DK dan yang kedua ni dari staf pula,” katanya lagi.
Sumber: Threads
