in

Peminat Sanggup ‘Battle’ Simpan Duit Beli Tiket Konsert Tradisional, Siti Nurhaliza Akui Hampir Menitis Air Mata!

Syaz Ft 2026 07 01T160652.069

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui jiwanya benar-benar tersentuh melihat pengorbanan luar biasa para peminatnya. Masanya mana tidaknya, mereka sanggup ‘berperang’ sesama sendiri dalam talian demi mengamankan slot ke Konsert Tradisional Gema Bumantara yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 17 Oktober depan.

Menurut Biduanita Negara ini, kehangatan ticket battle tersebut membuatkan beliau rasa memikul tanggungjawab yang cukup besar untuk menyajikan persembahan yang paling bertenaga buat semua penonton nanti.


Artikel berkaitan: “Jadi meet & greet” – Siti Nurhaliza Datang Ke Rembayung Buat Kali Kedua Untuk Sambut Hari Jadi Pengurus

Artikel berkaitan: Tareq Fit Anggap Konsert Tok Ti Adalah Contoh Hiburan Haram?

“Saya rasa terharu, nak menangis pun ada, kelakar pun ada bila tengok peminat ‘battle’ beli tiket.

Kita ada buat cabaran, peminat pun rakam reaksi mereka ketika berebut tiket. Saya sempat tengok di Threads, ada yang yakin sangat tetapi akhirnya kena tolak (reject), jadi memang suspens dan mendebarkan,” katanya.

Siti berkongsi reaksi spontan itu ketika ditemui media sewaktu majlis pelancaran lagu berbahasa Mandarin pertamanya, Be Like Water, yang merupakan kolaborasi bersama penyanyi berbakat, Firdhaus, bertempat di Menara Kuala Lumpur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Places Malaysia (@placesmalaysia)

Terkejut Sokongan Peminat Tak Pernah Luntur

Mengulas lanjut, pelantun lagu Cindai ini meluahkan rasa tidak sangka bahawa peminatnya masih memberikan komitmen yang sangat tinggi setiap kali beliau mengumumkan penganjuran konsert berskala besar.

“Saya rasa terharu kerana rakyat Malaysia dan peminat saya tak pernah berhenti memberi sokongan.

Bila tengok kesungguhan mereka menyimpan duit semata-mata nak beli tiket konsert saya, saya tak boleh hampakan mereka. Saya akan buat yang terbaik,” ujarnya lagi.

Bukan Sekadar Hiburan, Tapi Demi Memartabatkan Seni Warisan

Bagi Siti, Konsert Tradisional Gema Bumantara ini bukan sekadar pentas hiburan kosong. Sebaliknya, ia merupakan satu platform penting bagi mengangkat semula keindahan seni muzik tradisional negara kita supaya kekal relevan merentasi pelbagai generasi.

Beliau juga meletakkan harapan agar usaha murni pasukannya ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada agensi pelancongan negara.

Sumber: Gempak

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.