in

Tragedi Tembakan di El Paso: Hanya Kerana Tidak Berkulit Putih, Pasangan Suami Isteri Maut Berpelukan Lindungi Anak

El Paso

Bagi mereka yang mengikut perkembangan dunia, sedang hangat di Amerika Syarikat sekarang ialah tragedi tembakan rambang di daerah El Paso, Texas, Amerika yang telah mengorbankan 22 orang awam. 

Kejadian mengerikan ini katanya berlaku di pasaraya Walmart dan dilakukan oleh seorang penembak berkulit putih bernama Patrick Wood Crusius yang berusia 21 tahun.

Patrick Crusius Video Surveillance Shooting
Patrick, si penembak kejam | sumber: wikipedia

Motif tembakan tersebut dilakukan? Korang pasti dah boleh agak… ia bermotifkan isu rasisme di US! 

 

“Seorang ibu meninggal ketika melindungi anaknya di El Paso. Seorang bapa maut kerana melindungi mereka berdua…” 

Paling menyayat hati, kejadian tembakan rambang ini telah mengorbankan sepasang suami isteri yang pada ketika itu sedang membeli belah bersama anak-anak mereka di pasaraya Walmart.

Entah apa salah Jordan, 25 dan isterinya, Andre, 24, mereka berdua meninggal dunia ketika melindungi tiga orang anak daripada dihujani peluru tidak bermata. Berikut kisah mereka yang dikongsikan netizen di Twitter.

Shoot 1

Ebnq9Rawsaaatwx

Ebnq991Xoaab7Ao

Ebnq Mnxoaiojyo
sumber: twitter

 

“Mereka jadi sasaran kerana bukan berkulit putih!”

Lebih menyedihkan, tragedi ini dikatakan berlaku kerana dendam dan rasa tidak puas hati penembak ini kepada mereka yang bukan berkulit putih. Disebabkan hal itu, tak pasal-pasal 3 orang anak pasangan ini hidup tanpa ibu bapa. 

Menurut The Washington Post, anak perempuan pasangan tersebut akan menyambut hari lahir ke-6 tidak lama lagi. Jadi tujuan keluarga itu ke pasaraya tersebut ialah untuk membeli barang persiapan sambutan birthday anak mereka. Alahai… mesti trauma anak-anak dia. 

Benci
sumber: twitter

 

“Saya menangis kerana tahu yang anak-anak ini takkan dapat jumpa ibu bapa mereka lagi…” 

Rata-rata netizen yang membaca posting ini ternyata sedih dengan nasib yang alami anak-anak mangsa. Ramai yang berdoa semoga anak-anak ini tabah hadapi dugaan di masa depan.

Family
sumber: twitter

Sebab itulah dalam Islam semuanya dianggap sama rata. Tak ada perbezaan dari segi kulit, bangsa dan keturunan. Berdosa beza-bezakan manusia dengan darjat. Semoga keluarga mangsa tabah hadapi dugaan ini. 

Baca: Lelaki Lepaskan Tembakan Di Masjid Semasa Umat Islam Di London Sedang Solat Terawih

Tembak