in

Tragedi Pembunuhan Beramai-Ramai di Sudan: Lebih 500 Terbunuh & 70 Dirogol, Ini Yang Kami Tahu Setakat Ini!

Sudan

Di saat kita semua sedang bergembira dan baru saja menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan meriahnya di Malaysia, tak disangka negara lain sedang menghadapi duka dan kesengsaraan.

Mungkin tak ramai yang tahu kini negara Sudan sedang mengalami pergolakan dan pembunuhan beramai-ramai setelah lebih 500 orang dilaporkan mati dan berpuluh-puluh wanita pula telah dirogol oleh anggota kumpulan militan. 

5Fce1Be662F84B54B73341B3Be95690A 18
sumber: al jazeera

 

Apa yang sebenarnya berlaku di Sudan? 

Semua ini bermula apabila rakyat Sudan dikatakan telah melakukan protes sejak Disember 2018 lagi terhadap pemimpin Presiden Hassan al-Bashir yang telah pun meletak jawatan pada 11 April 2019 lalu.

Pihak yang memprotes ini merupakan kumpulan pro-demokrasi dan mereka ni mahu kuasa diberikan kepada rakyat. Demi ingin mengawal kumpulan protes ini, pihak tentera telah mengambil tindakan brutal dengan membunuh ratusan rakyat yang tidak berdosa. 

Nintchdbpict000496733109
sumber: the sun

Setakat ini hampir 19 orang kanak-kanak telah meninggal dunia dan puluhan lagi telah mendapat gangguan seksual daripada kumpulan militan yang brutal.

Malah lebih mengerikan, bau mayat dikatakan boleh dihidu di sekitar kawasan sekolah dan sejak dari itu, pihak tentera telah mengambil alih pentadbiran negara tersebut.

D89U0Ryxuaeyk N
sumber: twitter

 

“Dalam masa seminggu, 500 orang dibunuh, 700 orang cedera, 60 dirogol dan 1000 lagi masih hilang”

Disebabkan perkara ini kurang mendapat perhatian dunia, netizen di media sosial mula membuat tugasan masing-masing dalam menyampaikan berita ini ke seluruh dunia.

Banyak info-info yang tidak ketahui ramai mula disebarkan tentang perkara kejam yang berlaku ke atas rakyat Sudan. Admin pun pelik kenapa tak ramai yang ambil tahu mengenai isu Sudan ini. 

Lebih menyedihkan, mangsa, Mohamed Mattar, 26 yang dahulu belajar di London’s Brunel University telah meninggal dunia semasa melakukan protes. Dia dikatakan telah ditembak semasa melindungi para wanita daripada militan Sudan.

Demi solidariti buat Mattar, kebanyakan netizen telah menukar profile picture menjadi biru yang merupakan warna kegemaran mangsa, lapor The Sun.

Mattar 1
sumber: the sun

 

Rihanna & Bella Hadid antara selebriti antarabangsa yang tunjuk solidariti ke atas Sudan

Salah satu perkara yang buat admin major respect habislah dengan dua artis antarabangsa ini, Bella Hadid dan Rihanna ialah mereka antara orang pertama yang menaikkan isu solidariti ini di media sosial.

Rihanna dalam posting instastory menulis tentang kekejaman yang terpaksa dilalui rakyat Sudan. Dia memberitahu kebanyakan mangsa telah dibunuh dengan semberono, dirogol tanpa belas kasihan dan dipaksa untuk melakukan perkara menjijikkan seperti minum air sampah dan sebagainya. Allahuuu…

D81T1R0Xsaa0Kxp
sumber: twitter

Bella Hadid pula menerusi posting Instagramnya juga menyampaikan mesej yang sama dan berharap ramai yang  menderma sebanyak mungkin bagi membantu ringankan beban mereka di sana.

View this post on Instagram

This needs to be heard. By EVERYONE… The internet in Sudan has been blacked and blocked out in efforts to keep this vital and cruel information from the rest of the world. It makes my heart so heavy to think about the men and women in Sudan, being beaten, murdered, raped, and oppressed like this. Human beings. They are just like me and you. They want to live a good life, with their families and not be punished because of that. Nobody deserves this kind of torture and we need to show Sudan that we are here for the them and aware of the changes that need to happen. Women are being raped with their underwear publicly hung in the streets. Men being shot at with guns and not able to defend themselves…Children without their parents ..It really breaks my heart to think about that. This is happening in our world RIGHT now and we can not silence ourselves. This needs to get the attention that the people of Sudan deserve. I will be adding some websites to my story on how we can help. Donating or even just raising awareness helps, and if we all come together; we can make a difference. We love you and hear you Sudan. ?? This is not to blame anyone , this is to only help those in need. I love everyone in this world , we need to work together.

A post shared by Bella ? (@bellahadid) on

Apa-apapun kita di sini doakanlah yang terbaik buat saudara kita di sana. Semoga segala macam keganasan ini dihentikan dan urusan hidup mereka dipermudahkan. Amin. 

Baca: Tak Cukup Bedil Bumi Palestin Dengan Bom, Israel Makin Melampau Halang Penduduk Tunai Solat Tarawih

Pales