in

Tak Cukup Bedil Bumi Palestin Dengan Bom, Israel Makin Melampau Halang Penduduk Tunai Solat Tarawih

Featured 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Serangan demi serangan dilakukan ke atas bumi Palestin khususnya Gaza, malah keadaan menjadi semakin runcing memasuki bulan ramadan.

Seolah-olah sengaja mencabar penduduk islam pada bulan yang mulia ini.


 

Tentera Israel tutup jalan ke masjid waktu dah nak masuk waktu maghrib

Terbaru memetik Sinar Harian, penindasan rejim Zionis ke atas umat islam di bumi Palestin semakin melampau bila mereka bertindak menutup laluan utama di kawasan kejiranan Silwan di Baitulmaqdis Utara beberapa minit sebelum masuk waktu maghrib.

Pusat Maklumat Wadi Hilweh memaklumkan yang penutupan tersebut dilakukan waktu penduduk Palestin sedang sibuk bersiap untuk berbuka puasa.

Tentera dan polis Israel menutup Jalan Wadi Hilweh serta beberapa jalan lain menuju ke Masjid al-Aqsa.”

Difahamkan jalan yang terletak di bahagian selatan Masjid Al-Aqsa itu ditutup tanda sebarang amaran dan penduduk Palestin dilarang sama sekali untuk melalui kawasan tersebut.

 

Jalan ditutup, penduduk tak dapat ke masjid tunai solat tarawih

“Tindakan tersebut menyebabkan penduduk yang menuju ke masjid atau pulang ke rumah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, ketika azan Maghrib mula berkumandang,”

Ia sekaligus menganggu persiapan penduduk Palestin untuk berbuka puasa dan seterusnya menunaikan solat tarawih di masjid.

Semoga penduduk Palestin terus kuat dan tekad dalam mempertahankan agama dan tanah air mereka.

Baca : Kalau tak mati, cacat seumur hidup atau daging hangus sampai ke tulang-Zionis Israel Serang Palestin Guna Bom Fosfor Putih Yang Diharamkan!

Fosfur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.