in

Thanabalan Bukan Hanya Penyerang Yang Hebat, Malah Anak Yang Cemerlang Bantu Keluarga

Thana Nada

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aksi hebatnya semasa perlawanan bola sepak di antara Malaysia dan Indonesia pada Sabtu lepas telah membuka banyak mata. Muncul sebagai penyerang terbanyak bagi Sukan SEA ke-29 ini, nama N. Thanabalan mula menjadi sebutan ramai.


Berasal dan Seremban, penyerang yang berusia 22 tahun ini juga bukan sahaja menjadi kebanggaan negara malah diakui sebagai anak yang baik kerana sering menggunakan gaji yang diterima untuk membantu keluarganya, lapor Harian Metro.

Thanabalan 1
sumber: instagram

Menurut bapa Thanabalan, S. Nadarajah, 56,

“Biarpun anak kami sibuk menjalani latihan, dia tidak pernah sesekali melupakan keluarga malah menjadi tunjang kepada keluarga ini.” 

Nadarajah kini berbangga setelah anaknya muncul sebagai wira dan penjaring gol tunggal yang sekaligus membawa Malaysia ke perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2017 yang bakal menentang Thailand Selasa ini.

21105851 918412888312007 3929091676772241653 N
sumber: facebook

Menurutnya lagi, semenjak tragedi kemalangan yang menimpanya beberapa tahun lalu, Thanabalanlah yang menjadi ketua dan menguruskan hal berkaitan keluarga.

“Dia lebih mengutamakan keluarga berbanding membeli barangan untuk dirinya. Malah dialah yang menjadi ketua keluarga selepas saya terbabit kemalangan pada 14 April 2013.” 

21078529 10155251615889998 3185553281349482078 N
sumber: facebook

Mengimbau kembali tragedi yang berlaku pada empat tahun lepas, Nadarajah dalam perjalanan ke tempat kerja dari Seremban ke Kuala Lumpur sebelum dia ditimpa kemalangan sehingga lumpuh separuh badan.

“Semasa kejadian, saya menunggang motosikal pada jam 6.30 pagi sebelum sebuah kereta merempuh dari belakang. Disebabkan itu, saya kini lumpuh separuh badan bermula daripada bahagian dada hingga kaki.” 

21105631 10155251615884998 2312928003017143648 N
sumber: facebook

Semenjak dari itu, Thanabalan menggalas tugasnya dalam menampung wang perbelanjaan dapur, bil utiliti, kos perubatan dan pembelajaran dua adiknya, Kheeteeswaran, 19, dan Keerthikaa, 13. Besarnya pengorbanan Thanabalan! 

Thanabalan 3
sumber: facebook

Pun begitu, apabila anaknya mula menyertai pasukan negara, Thanabalan memberitahu yang dia tidak mahu berjauhan kerana risaukan keadaan keluarga.

Malah sebaik sahaja dia selesai menjalani latihan, anak lelaki Nadarajah ini akan pulang ke rumah hanya untuk memandikan, menukar lampin dan mendukung bapanya ke katil kerana lelaki itu tidak mampu bergerak. Sukar nak jumpa anak sebaik ini!  

Thanabalan 2
sumber: facebook

Tambah Nadarajah, sungguhpun Thanabalan terpaksa berulang alik dari Kuala Lumpur ke Seremban, anaknya itu tidak pernah mengeluh dan merungut penat.

Dia yang juga bekas pemain bola sepak sering melatih Thanabalan sejak dari sekolah rendah lagi.

“Ketika Thanabalan kecil, dia akan menendang apa juga objek yang ditemui terutama botol. Dia juga sering menghubungi saya selepas tamat perlawanan untuk beri pandangan mengenai aksinya di padang.” 

“Saya bangga dengan dia apatah dalam kecemerlangannya dalam bola sepak,” tambah Nadarajah.

Menurutnya, antara perkara yang sering ditekankan dalam latihan ialah dengan menggunakan kepala apabila melakukan serangan sewaktu bola diperoleh dari sepakan sudut.

Pemain Malaysia Thanabalan Nadarajah 20170826 165814
Sumber: viral hebat

Nadarajah bersyukur apabila Thanabalan mendengar arahannya apabila menjaringkan gol pada minit ke-87 Sabtu lepas yang seterusnya membawa pasukan Malaysia ke peringkat final.

Sementara itu, tweet dari akaun @twt_bola telah menyatakan hasrat kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk menyediakan tempat khas buat bapa Thanabalan sepanjang perlawanan bola tersebut berlangsung.

Twt Bola
sumber: mstar

Khairy kemudian menjawab ringkas,

“Siap. Pakcik akan ada di sana.”

Kj 1
sumber: mstar

Harapnya Nadarajah dapat hadir ke stadium untuk melihat sendiri aksi anaknya di perlawanan bola nanti. Semoga pasukan Malaysia beroleh kemenangan menentang pasukan Thailand. Malaysia Boleh! 

Baca: Dua Lelaki Punjabi Bermain Dhol di Perlawanan Bola Sepak Sukan SEA Dapat Sambutan Orang Ramai 

Page 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.