in

“Tetamu paling bodoh” – Ibu Bapa Biadap Pergi Wedding, Tinggalkan Pampers Kotor Dalam Pinggan

Majlis Kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau pergi wedding tu, make sure jangan tinggal otak dekat rumah tau?


Seorang netizen kongsikan satu gambar dekat Twitter baru-baru ini menunjukkan sekeping pampers kotor yang ditinggalkan atas pinggan makan.

Kata lelaki itu, perbuatan jijik itu dilakukan ibu bapa yang tidak bertanggungjawab ketika menghadiri majlis kahwin. Menurut individu itu, kenduri berkenaan berlangsung di dewan tertutup.

Menurut Harian Metro, dia terjumpa pampers tu waktu sedang mengemas meja tetamu di dewan dekat Nilai, Negeri Sembilan. Disebabkan taknak tetamu lain rasa kurang senang, dia terus ambil dan buang lampin tersebut.

Saya bertugas sebagai pembantu katering pada hari berkenaan dan menemui lampin pakai buang itu ketika mengemas dan membersihkan sisa makanan tetamu yang hadir.”

Terkejut juga kerana tidak sangka ada tetamu yang sanggup membuangnya di pinggan sedangkan banyak tong sampah disediakan di dewan.”

Majlis2
gambar hiasan

Terkejut juga kerana tidak sangka ada tetamu yang sanggup membuangnya di pinggan sedangkan banyak tong sampah disediakan di dewan. Nampak sangat tetamu itu pengotor dan pemalas.”

Dia juga berharap tweet itu dapat beri peringatan kepada semua terutamanya ibu bapa untuk tidak berbuat sedemikian. Selain tu, dia harap orang ramai dapat jaga adab dan perlakuan kalau pergi mana-mana majlis sebagai tanda hormat kepada tuan rumah.

Jijiknya perangai!

Baca: “Sebab tu aku tak suka budak” – Wedding Planner ‘Sound’ Mak Bapak Tak Reti Kawal Anak Dekat Majlis

Jaga Anak La Bebal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.