Majlis kahwin memang selalunya jadi acara yang buat orang ramai berjumpa especially reunion dengan kawan-kawan kan? Bila wedding semua berkumpul sembang pasal itu ini.
Memang seronok! Tapi ada juga part yang tak seronok bila time majlis kahwin ni. Contohnya, bila ada segelintir ibu bapa yang biarkan je anak mereka berlari-lari tak tentu hala. Kalau tak ada apa yang berlaku lain cerita, tapi ada juga kes sampai rosak harta benda orang.
Baru-baru ni, satu syarikat wedding planner terkenal update di Instagram mereka tentang kejadian yang berlaku pada mereka melibatkan ibu bapa dan anak.
Post tu memang sengaja dibuat untuk bagi ibu bapa sentap! Bukan semua tapi yang jenis suka membiarkan anak tak terkawal sampai barangan mereka rosak!
Masih tak paham dengan sesetengah parent yang biar anak-anak main tak tentu hala.”
Kalau kejadian macam ni dekat siapa kita tak minta ganti rugi? Confius confius! Last last mesti salahkan decorator balik sebab buat tak kukuh, tapi kalau dah bergayut kat tali tu sampai prop tu boleh jatuh nak buat mcm mana?”
Dalam gambar yang dimuat naik tu, boleh nampak dekorasi dekat laluan karpet merah untuk pengantin habis jatuh dan musnah disebabkan oleh kanak-kanak yang tak dikawal oleh parents dorang. Malah, wedding planner tu ada bagitau kanak-kanak yang menyebabkan dekorasi ni jatuh ada dekat dalam gambar tu.
Perkara ni malah mendapat perhatian ramai netizen dekat Twitter juga lepas ada individu yang kongsikan dan berpesan supaya siapa yang ada anak untuk jaga mereka.
Musim musim wedding ni. Jagalah anak korang. Tak kiralah anak sendiri ke. Anak buah ke. Cousin ke. Tolong lah tengok tengok kan sama. Jangan rosak kan majlis orang.”
Ramai netizen di Twitter dan Instagram turut menyatakan rasa marah mereka terhadap segelintir ibu bapa yang tak kawal anak macam ni. Ada juga yang cakap kalau benda macam ni berlaku memang ibu bapa tu sendiri bayar ganti rugi atau kalau tidak, tuan rumah terpaksa bayarkan bagi pihak tetamu mereka tu.
Admin sendiri pun pernah nampak kanak-kanak yang berlari sana sini tapi tak ada pun parents dorang panggil bagitau untuk behave ke apa…