in

“Terlupa ada dkt seat belakang” – Kanak-Kanak 3 Tahun Maut, Pengetua Tadika Tertinggal Dalam Kereta & Hanya Sedar 5 Jam Kemudian

Ft 1

Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun dijumpai meninggal dunia selepas ditinggalkan oleh pengetua tadika di dalam kereta selama empat jam. Menurut Harian Metro, kejadian itu berlaku di Taman Ria, Sungai Petani semalam dan kanak-kanak lelaki itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan dari tadika berkenaan  ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mangsa sudah hampir setahun dihantar ke tadika berkenaan untuk dijaga pengasuh di situ dan merupakan anak kedua daripada dua beradik.

Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pengetua tadika iaitu wanita berusia 49 tahun akan mengambil mangsa dari rumah ibu bapanya ke tadika pada Ahad hingga Khamis.”

Namun, selepas PKP, pada Selasa dan Rabu, pengetua wanita itu akan mengambil dan menghantar mangsa manakala hari lain mangsa dihantar sendiri ibunya.”

Maut2

Siasatan awal mendapati pengetua tersebut mengambil mangsa di rumahnya di Taman Ria pada 7.45 pagi dan berada dalam keadaan tidak sihat serta duduk di tempat duduk belakang.

Sebelum itu, pengetua terbabit turut mengambil seorang pelajar lain yang berusia lima tahun dan diletakkan di tempat penumpang hadapan.”

Namun sebaik tiba di hadapan tadika, seorang guru mengambil pelajar yang berada di bahagian penumpang hadapan dan terus masuk ke dalam tadika. Dia memakir kereta di tepi luar tadika dan mematikan enjin kereta.”

Mangsa berada di dalam kereta dengan keadaan pintu dan cermin tertutup serta tiada ruang pengudaraan dari 8 pagi hingga 12.15 tengah hari. Ketika itulah, pengetua menyedari bahawa mangsa tiada di dalam kelas.

Kejadian itu hanya disedari pada 12.15 tengah hari ketika pengetua mahu menghantar semula mangsa ke rumah, namun mendapati mangsa tiada di dalam kelas.”

Guru kelas memberitahu mangsa tidak hadir ke sekolah menyebabkan wanita itu terus menuju ke arah kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran dan mendapati mangsa terbaring tidak sedarkan diri.”

Maut1

Pengetua terbabit terus menghubungi ambulans dan melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) terhadap mangsa namun masih tidak sedarkan diri. Mangsa dibawa ke hospital dengan ambulans dan selepas pemeriksaan, doktor memaklumkan mangsa sudah meninggal dunia sebaik tiba di hospital dan tiada kesan kecederaan di luaran.

Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dipanggil untuk pengambilan sampel dan dapat satu sampel swab di atas kerusi penumpang belakang. Mayat dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk dibedah siasat.”

Polis kemudian menahan pengetua wanita itu untuk membantu siasatan dan merampas anak kunci serta kereta untuk tindakan selanjutnya. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Baca: “Mangsa patutnya dihantar ke rumah nenek” – Anak 4 Tahun Meninggal Lepas Tertinggal Dalam Kereta Selama 10 Jam Ayah Kerja

Bbbb

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Kosmo!