“Calit-calit terus mengandung??” – Fizo dan Mawar Difitnah Menggunakan Produk Berbahaya Untuk Ikhtiar Hamil

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sehari dua ini kecoh di media sosial akan iklan sebuah produk yang didakwa boleh membantu menyelesaikan masalah kesuburan wanita dengan cara yang mudah.

Dengan hanya menggunakan tagline, “Calit-calit terus mengandung??” ramai wanita percaya produk tersebut mampu memudahkan kehamilan.

Selain itu, produk ini juga menggunakan nama besar seperti pasangan selebriti Fizo Omar dan Mawar Karim yang dikatakan menggunakan produk tersebut atas saranan seorang doktor pakar kesuburan terkenal, Dr. Hamid Arshat.

Wow! Biar betul ni??

Sumber: Facebook

Namun semuanya ternyata salah belaka apabila Mawar Karim, isteri kepada pelakon dan pengacara terkenal, Fizo Omar tampil membuat penafian ke atas dakwaan produk tersebut di laman Instagram.

Sumber: Instagram

Menurutnya, produk tersebut telah menggunakan namanya dan suami tanpa kebenaran dan memfitnahnya pula semata-mata untuk melariskan produk krim calit-calit terus mengandung itu. Uish senang-senang je guna nama orang, kan??

“Tak baiklah mereka cerita yang tak betul ni. Janganlah nak guna nama kami untuk kepentingan anda berniaga.” 

“Sudahlah tak minta kebenaran main kata kami guna produk anda, malah anda telah menipu pelanggan yang tak bersalah dan menganiaya orang.”

Malah Mawar juga menegaskan yang dia tidak menggunakan sebarang produk atau ubatan luar untuk memudahkan kehamilan kecuali dengan rawatan dari doktor sahaja.

Sumber: Instagram

Kekecohan yang timbul ini membuatkan netizen berbelah bahagi dengan keberkesanan dan keselamatan dalam menggunakam produk krim tersebut.

Susulan hal berkenaan, laman Facebook Pseudoscience Watch (PW) telah menasihatkan orang ramai untuk tidak mudah percaya dengan iklan dari produk sebegini. Berikut antara sebabnya:

1. Kebanyakan produk tidak berdaftar.

2. Sumber asal hormon tidak dinyatakan.

3. Kombinasi dalam produk tidak dinilai/review. Kalau dia bancuh belakang rumah ada taik cicak pun anda tak tahu.

4. Penggunaan hormon tanpa pemantauan daripada mereka yang bertauliah boleh mendatangkan banyak kesan jangka masa panjang.

5. Risiko penggunaan sejenis sahaja hormon daripada sumber luar (exogenous) boleh menyebabkan risiko kanser meningkat tanpa kombinasi lain (antagonist)

6. Sekiranya anda telah cuba mendapatkan zuriat selama 12 bulan berturut-turut masih tiada rezeki, dapatkan penilaian kesihatan daripada ahli perubatan yang bertauliah berdekatan anda.

7. Berhati-hati bila penjual petik nama doktor pakar sesuka hati. Orang yang dipetik pun tak tahu menahu.

Tu diaa! Korang rasa macam mana??

Dalam ulasan PW juga, ada dinyatakan pendapat dan ulasan-ulasan dari portal kesihatan lain termasuklah dari Prof Imelda Balchin.

Namun semua ulasan tadi telah disangkal sama sekali oleh penjual produk krim progesterone tersebut di laman Facebook rasminya.

Menurut page Ikhtiar Hamil Krim Progesterone, tuduhan daripada portal dan blogger terhadap produk calit-calit terus mengandung tersebut hanyalah disebabkan dengki dengan kejayaan yang diperoleh mereka. Ye ke tuu?

Produk tersebut juga didakwa selamat dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Di samping itu, mereka juga mendakwa ramai di antara pelanggan ‘repeat order’ gara-gara telah berjaya mengandung! Wow!

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Berikutan isu ini, rata-rata netizen mengecam produk tersebut yang dikatakan menggunakan teknik pengiklanan yang berlebihan. Pun begitu, masih ada juga yang menyokong dan mengakui akan keberkesanan produk tersebut. Eh yang mana satu nak percaya ni??

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook 

Walau bagaimanapun, diharapkan orang ramai yang berminat untuk membeli produk tersebut, rujuklah doktor pakar dan bertauliah terlebih dahulu. Jangan sesekali mencuba produk yang tidak mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia. Buruk padahnya di kemudian hari.

Jangan cepat terpedaya! Tak ke pelik kalau penjual lebih tahu dari doktor sebenar. Elok dapatkan diagnosis doktor pakar berkaitan hal kesuburan ini. 

Baca: Pelajar IPTA Rogol Gadis dan Beri Minum Air Bikarbonat Untuk Matikan Sperma

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!