in

TERKINI: 24 Mayat Dah Dijumpai, Rangka Utama Bangkai Pesawat Gagal Ditemui #JT610

Nahas Lion Air 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia mengesahkan mereka telah menemui beberapa lagi mayat mangsa nahas pesawat Lion Air yang terhempas awal pagi semalam.


Menurut Berita Harian, pasukan penyelamat sudah pun mengisi 10 beg dengan anggota badan manusia dan akan dibawa ke Jakarta untuk dikenal pasti identiti mayat.

Ketua agensi itu, Muhammad Syaugi berkata, puluhan penyelam terbabit dalam usaha mencari dan menyelamat di lokasi pesawat terhempas ke dalam laut yang mengorbankan seramai 189 penumpang serta anak kapal.

Syaugi juga berkata, sebanyak 14 lagi beg telah diisi dengan serpihan pesawat yang dikumpulkan dan usaha mencari bangkai pesawat di dasar laut masih diteruskan.

Difahamkan, sebanyak 19 kapal dan 3 helikopter terlibat namun pihak mereka masih gagal menemui bangkai pesawat Lion Air JT610 di perairan Tanjung Karawang itu.

“Kami berharap dapat menjumpai rangka utama kerana serpihan pesawat yang terapung di air sudah dikutip,” kata Syaugi.

Sementara tu,  jurucakap agensi pencarian dan penyelamat Indonesia, Yusuf Latif berkata,

“Keutamaan kami ketika ini adalah untuk mencari rangka utama pesawat dengan bantuan kapal perang yang dilengkapi peralatan sonar untuk mengesan logam bawah air.”

Menurut Pengarah Operasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (BASARNAS), Bambang Suryo Aji, mayat-mayat yang ditemukan semuanya dalam keadaan tidak sempurna dan pihaknya beranggapan tiada penumpang dan anak kapal yang terselamat dalam nahas itu.

Setakat pagi ini sebanyak 24 mayat telah ditemukan, selain serpihan-serpihan dipercayai milik pesawat, serta barang-barang milik penumpang.”

Presiden Indonesia Joko Widodo semalam telah mengarahkan operasi mencari pesawat itu dilakukan 24 jam.  Setakat ini agensi masih belum jumpa data mahupun perakam suara pesawat yang terjunam sedalam 30 hingga 40 meter ke dalam Laut Jawa tu.

Sama-sama kita doakan semuanya dipermudahkan. Follow Lobak Merah untuk perkembangan terkini.

Baca: “Tiada yang selamat, mangsa kami temui, mayat mereka berkecai…” #JT610

Nahas Jt610

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.