in

“Tau kau takut” – [VIDEO] Bagi Alasan ‘Repair’, Dua Pemuda Kantoi Nak Curi Ekzos Kereta Terus Lari

Ft Curi 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam situsi pandemik ini, ramai yang sudah hilang punca pendapatan sampaikan ada yang sanggup melakukan perkara yang terkutuk seperti mencuri.


“Kan dah kantoi”

Sama dengan kejadian kalini, dalam perkongsian @nasrul8586, dia telah memuat naik video di Akaun Tiktoknya yang menunjukkan dua orang pemuda sedang melakukan cubaan mencuri ekzos kereta.

@nasrul8586

Jom viralkan 2 orang mamat nk nk curi tayar kreta..lokasi palma ampang…alasan nk repair…tapii cabut lari…

♬ bunyi asal – Anas8586 – Anas8586

Kejadian terbabit sempat dirakam oleh pemilik akaun Tiktok itu di kawasan parking kereta berhampiran Hotel De Palma Ampang dan video ini sudah pun viral di media sosial.

Selepas menyedari perbuatan mereka dirakam, salah seorang daripada mereka memberi alasan kononnya sedang membaiki kereta tersebut sebelum sempat melarikan diri dengan menaiki kereta Iriz berwarna kelabu.

“Sudah ditahan”

Kedua-dua suspek sudah ditangkap dan direman selepas melakukan jenayah terbabit semalam. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya berkata dua suspek tersebut merupakan warga tempatan yang berumur 24 tahun dan 25 tahun dan salah seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau.

Kita sudah merampas dua tabung ekzos, dua penyambung ekzos, alatan membuka ekzos dan sebuah kereta Iriz milik suspek”

“Banyak juga kes dia orang buat”

Suspek juga telah mendedahkan mereka terlibat dengan jenayah curi tabung ekzos beberapa kali di sekitar Ampang dan Kajang. Siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengenal pasti  kes-kes lain yang dilakukan suspek. Lapor Kosmo.

Mengulas lebih lanjut, mereka melakukan aktiviti mecuri tabung ekzos bagi mendapatkan besi platinum berharga yang terdapat dalam ekzos kereta tersebut.

Semoga Malaysia sentiasa dalam keadaan selamat. Kalau ya susah, jangan la sampai nak mencuri.

Baca: Tiada Lagi PPV Walk In Di Lembah Klang Bermula 15 September Ini

Collage 15 E1631084565902

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.