in

“Kereta sampai masuk longkang” – Anak Terkilan Bapa Usia 60 Tahun Dip*kul 3 Warga Asing

Syaz Ft 2026 06 11T131820.212

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul dugaan. Dek kerana hanya menjalankan tanggungjawab menegur tentang keselamatan, seorang pemandu e-hailing (Grab) warga emas terpaksa menanggung kesakitan selepas dibelasah kejam oleh penumpangnya sendiri.

Menerusi satu hantaran tular yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Kelvin Goh, kejadian hitam itu menimpa bapa kandungnya yang berusia 60 tahun ketika sedang keluar mencari rezeki.


Artikel berkaitan: Lelaki P*kul Isteri Sehingga Keguguran Mengaku Tanam Janin Di Alor Setar

Artikel berkaitan: “Dia azan sebelum waktunya” – Imam Dip*kul Beramai-ramai Gara-gara Tegur Budak Main Mikrofon Masjid

Gara-Gara Tegur Tali Pinggang Keledar

Menurut Kelvin, kejadian tersebut berlaku pada waktu malam di kawasan Perindustrian Seri Yacob, Skudai, Johor Bahru. Segalanya bermula apabila bapanya mengambil tiga orang penumpang warga asing (dipercayai warga Myanmar) yang berada dalam keadaan mabuk.

Cats 16

Menyedari aspek keselamatan, warga emas tersebut telah meminta penumpang-penumpang berkenaan untuk mengikat tali pinggang keledar (seatbelt). Bagaimanapun, teguran baik itu tidak diendahkan dan telah mencetuskan pertengkaran mulut yang semakin lama semakin bising.

Keadaan menjadi luar kawalan apabila ketiga-tiga warga asing terbabit bertindak memaki hamun mangsa dengan kata-kata kesat sebelum menyerang dan memukulnya secara berkumpulan.

Dipukul Sampai Muka Pecah, Kereta Masuk Longkang

Akibat serangan bertubi-tubi itu, mangsa yang sudah uzur mengalami kecederaan parah di mana seluruh mukanya bengkak, lebam, dan berlumuran darah.

Lebih mengerikan, impak daripada pergelutan tersebut turut menyebabkan kenderaan dipandu mangsa terbabas sehingga tayarnya termasuk ke dalam longkang besar di tepi jalan. Malah, kamera papan pemuka (car cam) kenderaan tersebut juga dipercayai tercabut dan jatuh semasa kejadian berlaku.

Terkilan dengan apa yang terjadi, Kelvin mempersoalkan tindakan biadab warga asing berkenaan yang seolah-olah menganggap Malaysia ini tidak mempunyai undang-undang.

“Kalau tak ngam, boleh minta turun dan batalkan pesanan. Ada keperluan ke sampai kena belasah orang macam ni sekali? Warga asing dah besar sangat ke? Korang ingat Malaysia tak ada undang-undang, tak ada raja?” luahnya.

Buat Laporan Polis, Mohon Pemandu Lain Berhati-Hati

Difahamkan, satu laporan polis telah pun dibuat oleh pihak keluarga mangsa bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap ketiga-tiga pelaku terbabit.

Kelvin turut menitipkan nasihat dan peringatan mesra kepada semua pemandu e-hailing di luar sana agar sentiasa berwaspada ketika mengambil penumpang serta memastikan kenderaan masing-masing dilengkapi dengan kamera keselamatan yang berfungsi dengan baik.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.