in

‘Influencer’ Dedah Ex GF Suami Cuba Ganggu Rumah Tangga, Siap Bagi Ayat ‘Gedik-gedik’

Page Asyalliee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam cantikkkk je? Macam comeyyy je?


Kalau korang betul-betul OG, mesti pernah tengok video perempuan bertudung yang guna ayat ni kan? Min terasa tua bila tengok gadis yang dulu dikenali sebagai Syasya Solero sekarang ni dah selamat ada keluarga sendiri dah pun.

Influencer yang min maksudkan ni adalah Asyalliee yang juga pengasas kosmetik Lovelie Beauty atau nama sebenarnya Siti Syasya Rosaelmi Ahmad kini merupakan ibu kepada tiga cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga dengan Eboy.

Tapi apa yang mencuri perhatian warganet adalah perkongsian yang dibuat oleh Asyalliee menerusi video di Instagramnya @asyaslliee apabila dia mendedahkan suaminya diganggu oleh bekas teman wanitanya,

“Masalahnya ex zaman cinta-cinta monyet dulu haa”

Jelas Asyalliee, suaminya sendiri yang mengadu kepadanya tentang gangguan yang diterima di direct message (DM) Instagram. Lebih mengejutkan apabila ex girlfriend suaminya itu merupakan bekas teman wanita sewaktu mereka bersekolah.

“Selama 7 tahun hubungan I dengan husband I, ni kali pertama rumah tangga I kena kacau. Suami memang tak layan pun” – Ujar Asyalliee

Dm 1

Tambahnya lagi, dia mengambil keputusan membalas setiap message yang diterima menggunakan akaun suami untuk mengetahui apakah tujuan sebenar wanita tersebut menghubungi semula bekas teman lelakinya walaupun mereka dah lama berpisah.

Namun, disebabkan tidak mahu panjangkan cerita, suami kepada Asyalliee ini membalas DM tersebut dengan menceritakan hal sebenar sebelum keadaan menjadi lebih teruk. Tapi difahamkan sekarang ni wanita tersebut dah mula mendedahkan dirinya sendiri.

Makin serious pulak isu ni, min harap dapat settle baik-baik ya!

Baca: “Kan dah mendapat” – Puteri Sarah Saman Netizen Sebar Spekulasi Tentang Rumah Tangganya

Untitled 3 8

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.