Semua ibu bapa mestilah mahu yang terbaik untuk anak dorang kan? Memang tak mudah nak pegang tanggungjawab dan setiap perbuatan anak-anak pasti akan terpalit juga pada ibu bapa.
Macam yang korang tahu, anak gadis Azhar Sulaiman sering menjadi perhatian netizen lagi-lagi apabila Kasih Iris Leona atau lebih mesra dengan panggilan Leona ini sangat aktif di TikTok.
Baru-baru ini, video Leona menari bersama rakannya dengan memakai dress singkat dan terdedah di bahagian dada telah mendapat kecaman dari netizen. Ramai netizen telah mempersoalkan penampilannya yang dikatakan semakin seksi serta turut mengheret nama Azhar Sulaiman.
@leonsmeonss toilet toks >>> @myruhhhh
“Kita tak boleh merotan atau menjerit”
Menerusi temubual bersama mStar, Azhar Sulaiman mengatakan yang dia telah pun menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa dan menegur anaknya namun anak-anaknya dah pun besar jadi ia bukanlah sesuatu yang mudah.
https://www.instagram.com/p/CdDGALzvxH9/
Saya macam Kaza dan Normah Damanhuri… Anak-anak kita bukan kecil lagi. Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita beri teguran.
“Sebagai bapa, saya ambil tanggungjawab untuk menegur. Tapi kalau dia masih lakukan, saya hanya berdoa semoga dia cepat berubah.
“Kita tak boleh merotan atau menjerit kepada anak-anak sekarang… Apatah lagi mereka sudah besar. Jadi kita doakan yang terbaik untuk anak-anak.”
Selain itu, Azhar turut memberikan perkembangan terkini tiga orang anaknya yang dikatakan tidak akan mengikut jejak langkahnya sebagai anak seni.
https://www.instagram.com/p/CGrpicVAPNF/
Saya tak rasa anak-anak akan ikut jejah langkah saya. Leona bakal menjadi peguam, apa yang dia buat sekarang sebab ikut trend semasa orang main TikTok.
“Leona akan sambung belajar dalam bidang perundangan, kembar dia pun dah mula bekerja dan kakaknya dah habis belajar dan mahu jadi ahli politik.”