Baru-baru ini, tular di media sosial video menunjukkan dua polis trafik dipercayai mengiring anak Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di Pulau Pinang.
Video yang dimuat naik oleh akaun Instagram @anwarazeez kelmarin menunjukkan salah seorang polis telah menahan sebuah kereta yang ingin membuat pusingan dan membenarkan anak Azeez, Mohamed Khairul Anwar melanggar lampu merah.
The Vibes melaporkan, dalam video tersebut turut kelihatan kenderaan lain turut memberhentikan kereta secara mengejut bagi mengelak dari melanggar salah seorang polis trafik tersebut.
Ekoran ini, Ketua Polis Pulau Pinang Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan telah pun dibuka ke atas dua pegawai polis yang terlibat dalam video tersebut.
Manakala, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman (JSPT) Bakri Zainal Abidin pila mengatakan pihaknya juga turut menyiasat insiden ini dan tak akan berkompromi jika ada penyalahgunaan walaupun perkara ini tidak di bawah penyeliaan pihaknya, lapor FMT.
“Bila boss bagi arahan mereka ikut jelah”
Selain itu, pelakon Azhar Sulaiman turut memberikan komennya mengenai isu ini di Facebook peribadi.
Kata pelakon ini, dia berharap agar pihak atasan tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap dua anggota polis yang terlibat dalam video tersebut.
Mereka pekerja Kerajaan sahaja… Bila Boss bagi arahan mereka ikut jelah…
“Kesian kat kawan kawan Polis Mami ni… Nayalah mereka kalau kena tindakan just because mereka ikut ‘arahan’.”
Azhar turut meminta agar dua pegawai polis ini tidak dijadikan korban hanya kerana mengikut arahan dari pihak atasan.
https://www.facebook.com/azhar.sulaiman.73/posts/10159334324794017
Untuk pengetahuan korang, kejadian ini dikatakan berlaku di Bukit Gambir dan dipercayai Khairul ketika itu berada di Pulau Pinang untuk majlis perkahwinannya.