in

Suka Filem Penuh ‘Plot Twist’? Ini Senarai 5 Filem Yang Bakal Buat Anda Sakit Otak!

Cover 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, Lobak Merah pernah senaraikan filem dan rancangan menarik berdasarkan beberapa kategori. Antaranya adalah senarai filem Turki yang seram, filem Thailand yang wajib ditonton dan episod Running Man yang pecah perut.


Kali ini, kami akan senaraikan filem-filem yang penuh dengan plot twist dan bakal buat anda sakit kepala selepas menontonnya.

Untuk itu, ayuh kita baca senarai filem penuh plot twist yang anda wajib tonton!

1. Se7en (1995)

Se7en mengisahkan tentang dua orang detektif yang dilakonkan oleh Morgan Freeman dan Brad Pitt dalam mencari pembunuh bersiri.

Menariknya tentang filem ini, pembunuh bersiri tersebut mencari mangsa dengan berpandukan senarai Seven Deadly Sins iaitu nafsu, kerakusan, tamak, kemalasan, kemurkaan, iri hati dan kebanggaan.

Nak sakit otak tengok filem? Nak tahu siapa pembunuh? Tonton Se7en!

2. Prisoners (2013)

Prisoners mengisahkan dua buah keluarga yang sedang makan malam di rumah mereka tiba-tiba mendapati kedua-dua anak perempuan mereka tiba-tiba hilang ketika bermain bersama.

Dengan bantuan Detectif Loki lakonan Jake Gyllennhaal, mereka semua bersama-sama mencari siapakah individu yang menculik dua kanak-kanak perempuan itu.

Dengan skor 8.1/10, filem ini antara filem yang anda wajib tonton!

3. Shutter Island (2010)

Filem ini mengisahkan Teddy Daniels, seorang askar yang diarahkan untuk menyiasat kehilangan seorang pesakit di Hospital Shutter Island Ashecliffe.

Namun, seperti ada sesuatu yang disorokkan oleh pihak hospital berkenaan identiti pesakit tersebut. Filem lakonan Leonardo Di Caprio ini merupakan antara filem terbaik sepanjang zaman. Jangan lupa tonton!

4. The Prestige (2006)

Filem ini mengisahkan tiga watak utama, Robert Angier, isteri beliau, Julia McCullough dan Alfred Border, rakan mereka berdua.

Robert dan Alfred merupakan pasangan ahli silap mata. Dalam satu persembahan mereka, Julia mati kerana satu insiden. Disebabkan kematian Julia, Robert menyalahkan Alfred sebagai punca kematian dan mereka akhirnya menjadi musuh.

Nak tahu apa yang jadi? Jangan lupa tonton The Prestige!

5. Split (2016)

Split mengisahkan seorang lelaki yang bernama Kevin (James McAvoy) yang memiliki 23 personaliti berbeza dan telah menculik 3 remaja. Mereka perlu memulihkan Kevin sebelum personaliti dia yang ke-24 muncul.

Dengan jalan cerita yang agak unik, filem ini menerima skor 7.3/10 daripada IMDb. Menariknya, filem ini turut dibintangi oleh Anya Taylor-Joy!

Selamat menonton!

BACA: 7 Filem Lakonan Ma Dong-Seok Yang Anda Wajib Tonton, Semua Best!

Untitled 1 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.