in

Sakit Perut Gelak! Ini 10 Episod Running Man Paling ‘Pecah’ Yang Anda Wajib Tonton

Cats 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selama lebih dari 10 tahun, rancangan hiburan Korea Selatan, Running Man berjaya menghiburkan kita semua dengan telatah dan sketsa lucu mereka. Running Man boleh dikatakan sebagai salah satu rancangan hiburan yang paling diminati di Asia.


Dibarisi oleh ahli seperti Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Kim Jong Kook, HaHa, Song Ji Hyo, Lee Kwang Soo, Jeon So Min, dan Yang Se Chan, Running Man masih lagi disambung meskipun banyak ura-ura bahawa mereka mahu menghentikan rancangan ini.

D12B820E6B77E8973C684C31E8668Cab

Untuk itu, Lobak Merah akan senaraikan 10 episod yang confirm buat anda pecah perut dan tak kering gusi. Dalam bahasa mudahnya, anda tidak akan menyesal kalau tonton 10 episod ini!

Berikut adalah 10 episod terbaik Running Man:

1. Episod 1

1 3

Episod pertama Running Man mula ditayangkan pada 11 Julai 2010. Dalam episod ini, ahli Running Man adalah Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Kim Jong Kook, HaHa, Song Joong Ki dan Lee Kwang Soo.

Dalam episod ini, ahli Running Man dan tetamu jemputan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan ‘Expensive’ dan ‘Cheap’. 

2. Episod 74

2 1

Episod ini adalah sempena sambutan Krismas, di mana ahli Running Man diberikan super power untuk menyelesaikan misi mereka.

Antara super power yang diberikan adalah kuasa untuk mengawal minda, masa dan ruang, hidup dengan 3 nyawa, klon, sixth sense dan kuasa membunuh seperti anime Death Note.

3. Episod 135

3

Episod ini menampilkan pelakon aksi popular, Jackie Chan sebagai tetamu jemputan. Lucunya dalam episod ini, jelas kelihatan ahli-ahli Running Man tidak dapat menyimpan rasa teruja mereka untuk bersama dengan Jackie Chan.

Ahli kumpulan Super Junior, Siwon turut dijemput sebagai tetamu jemputan.

4. Episod 162

4

Ini antara episod kegemaran semua orang! Mana tidaknya, episod ini menampilkan 7 kumpulan K-Pop seperti 2PM, APink, Girl’s Day, Infinite, Beast, MBLAQ dan Sistar.

Pembukaan episod ini menampilkan setiap ahli Running Man menari bersama kumpulan K-Pop yang telah ditetapkan. Siapa masih ingat Lee Kwang Soo menari terlalu khusyuk sampai lupa nak naik pentas?

3F57958A02E20E9Bc4517A3A7C0Ee116

5. Episod 188 & 189

5

Penggambaran episod ini dilakukan di Australia, menampilkan dua selebriti kacak Rain dan Kim Woo Bin. Apa yang mereka perlu lakukan adalah mencari harta karun yang terdiri daripada 4 elemen iaitu air, tanah, angin dan api.

Menariknya tentang episod ini, anda boleh lihat keakraban mereka semua semasa membuat prank di antara satu sama lain.

6. Episod 213

6

Episod ini merupakan salah satu episod dengan pengenalan yang penuh dengan babak lucu. Pelakon wanita Korea yang terkenal dengan watak antagonis dijemput dan disuruh melakonkan babak dalam drama mereka bersama ahli-ahli Running Man.

Paling kasihan, Lee Kwang Soo tidak semena-mena dipukul oleh pasangannya.

7. Episod 250

7

Episod ini menampilkan artis jemputan kumpulan K-Pop yang paling berpengaruh pada ketika itu, BIGBANG. Dengan tema seakan-akan pahlawan Roman, Kim Jong Kook bersama ahli BIGBANG bergabung untuk melawan ahli Running Man yang lain.

Dalam episod ini, ada babak di mana seluar Kim Jong Kook tertanggal semasa mereka sedang bermain bola keranjang di sungai. Memang pecah habis!

8. Episod 271 & 272

8

Episod ini menampilkan paling ramai peserta dalam sejarah Running Man. 7 orang ahli Running Man perlu menjemput 93 rakan selebriti untuk tampil berhadapan dengan 100 atlet.

Anda boleh lihat betapa kelam-kabutnya ahli Running Man semasa mencari 93 rakan selebriti yang lain.

9. Episod 473

9

Babak dalam episod ini sebenarnya banyak kali tular di media sosial. Ahli Running Man diberikan tugas untuk membeli barang di kedai runcit, namun mereka perlu lalu di jalan yang telah ditetapkan.

Bagaimanapun, ahli Running Man tidak dibenarkan untuk ketawa atau mereka akan gagal dalam misi ini. Anda boleh lihat sendiri betapa sukarnya Lee Kwang Soo dan Kim Jong Kook menahan diri mereka daripada ketawa.

10. Episod 467 & 468

10

Sempena menyambut ulang tahun ke-9 Running Man, setiap ahli diberikan tanggungjawab untuk membuat persembahan kepada para peminat rancangan ini.

Seronoknya dalam episod ini, anda boleh lihat setiap ahli bertungkus lumus berlatih untuk memberikan yang terbaik buat peminat mereka.

Mana satu episod Running Man kegemaran korang? Penulis suka episod 473, memang sakit perut gelak dibuatnya!

BACA: Wajah Jisoo Blackpink Dipilih Paling Cantik & Sempurna Oleh Pakar Bedah Plastik

Cats 2

Sumber: Pinterest

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.