in

Sawadikap! Ini Senarai 5 Filem Thailand Yang Anda Wajib Tonton Pada 2021

Cats 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rata-rata di antara kita banyak menghabiskan masa di rumah semenjak Malaysia dilanda pandemik Covid-19. Selain daripada membeli-belah secara atas talian, menonton filem atau drama juga menjadi aktiviti pilihan ketika bosan.


Filem dari Thailand boleh dikatakan sebagai filem yang berkualiti dengan jalan cerita yang unik dan barisan para pelakon yang menarik.

Pada hari ini, Lobak Merah akan kongsikan 5 filem Thailand yang anda wajib tonton pada hari ini!

1. The Con-Heartist

Pernah trending di media sosial suatu ketika dahulu, filem ini berkisarkan seorang wanita naif bernama Ina yang mahu membalas dendam kepada bekas teman lelakinya.

Untuk menjayakan misi ini, dia telah bekerjasama dengan seorang scammer yang hampir berjaya menipu dirinya sebelum ini. Filem ni memang pecah habis!

2. Friend Zone

Siapa dekat sini selalu kena friend zone dengan crush? Jika jawapan anda adalah ya, filem ini untuk anda!

Filem ini mengisahkan Palm yang terjebak dalam friend zone bersama sahabat karibnya, Gink selama 10 tahun semenjak zaman sekolah. Macam mana dia keluar dari zon rakan ni? Anda kena tonton untuk tahu jawapannya!

3. Suddenly Twenty

Jika anda pernah tonton filem Pee Mak, pasti anda kenal akan salah seorang pelakonnya, Davika Hoorne. Menariknya, pelakon jelita ini turut membintangi filem Suddenly Twenty.

Filem ini mengisahkan Parn, wanita yang berusia 70 tahun yang menyamar menjadi wanita berusia 20 tahun. Lucu!

4. My God! Father

Filem arahan Nasorn Panungkasiri ini mula ditayangkan pada tahun 2020. My God! Father berkisarkan kisah cinta segi antara Got, Prem dan Biw.

5. SuckSeed

Meskipun filem ini ditayangkan pada tahun 2011, namun ia masih popular dan relevan sehingga ke hari ini.

Filem ini mengisahkan Ped, seorang lelaki yang pemalu dan tidak pernah meminati muzik sehinggalah dia dikenalkan dengan dunia Pop dan Rock oleh wanita idamannya.

Filem ini dibintangi oleh Jirayu La-ongmanee, Pachara Chirathivat dan Nattasha Nauljam.

BACA: 7 Filem Seram Terbaik Turki Yang Seram & Mampu Buat Anda Sukar Tidur Malam!

Cats

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.