in

Betul Ke Beri Wang Atau Bantuan Kepada Rakyat Semasa PRU Adalah Salah?

R

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sempena Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) yang bakal berlangsung 9 Mei ni, macam-macam janji dan tawaran yang kita dengar dari kedua-dua belah pihak, tak kiralah parti kerajaan mahupun pembangkang. Ada yang nak beri wang, peruntukan projek, cabutan bertuah dan jawatan kalau korang undi parti mereka. Tapi…


 

Betulkah beri wang dan bantuan kepada rakyat ni dianggap rasuah? 

Menurut sebuah booklet yang diterbitkan pada tahun 2012 yang bertajuk, Soal Jawab Mengenai Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR), situasi ini dinamakan sebagai ‘Politik Wang’.

Politik Wang ni adalah satu keadaan di mana calon dan mana-mana wakilnya beri atau menjanjikan bayaran suapan (rasuah) sebagai balasan mengundi atau tidak mengundi seseorang calon.

Tindakan ini diklasifikasikan sebagai satu kesalahan dan calon yang melakukan aktiviti ini boleh dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Jangan buat main-main! 

Pic Tgn Rasuah
gambar hiasan

 

Apakah situasi dalam PRU yang boleh dianggap sebagai RASUAH?

  1. Calon yang adakan jamuan untuk meraikan apa jua perkara berkaitan PRU termasuklah meraikan kemenangan lepas bertanding PRU.
  2. Calon atau wakil yang pinjam, tawar, janji atau usaha untuk dapatkan apa-apa wang atau balasan bernilai kepada pengundi demi untuk dorong mereka mengundi atau tak mengundi mana-mana calon.
  3. Calon atau wakil yang janjikan untuk tawar, dapatkan atau usahakan jawatan, kedudukan dan pekerjaan kepada pengundi.
  4. Mereka yang secara langsung atau tak langsung telah terima sogokan dalam bermacam cara demi mendapat undi daripada mana-mana pemilih dalam PRU.

    Hiasan
    gambar hiasan
  5. Calon atau wakil yang dahulukan apa-apa bayaran dalam bentuk wang atau kegunaan kepada pengundi dengan niat perkara itu sebagai sogokan dalam PRU.
  6. Bakal pengundi yang telah bersetuju membuat kontrak untuk dapatkan wang, pemberian dan pinjaman dengan tujuan untuk mengundi atau tidak mengundi dalam PRU.
  7. Seseorang yang secara langsung atau tak langsung telah terima bayaran kerana mengundi atau tidak mengundi mana-mana calon dalam PRU.
  8. Mereka yang mendorong mana-mana orang supaya menjadi calon, tak jadi calon atau tarik diri dengan beri mereka imbalan seperti wang, jawatan, kedudukan dan pekerjaan.

 

Jika seseorang ditangkap memberikan rasuah ketika berkempen:

Dah buat salah mestilah ada hukuman yang perlu dilalui oleh pesalah-pesalah yang ‘makan’ rasuah ni kan? Ini senarai hukuman yang individu tersebut perlu lalui: 

  1. Boleh dikenakan penjara tak lebih daripada 2 tahun 
  2. Denda tidak kurang daripada RM1,000 dan tak lebih RM5,000
  3. Boleh dikenakan kedua-duanya sekali iaitu penjara tak lebih daripada setahun dan denda tak lebih daripada RM2,000. 
  4. Tak boleh didaftarkan sebagai pengundi dan mengundi dalam mana-mana pilihan raya atau dipilih dalam mana-mana pilihan raya.
  5. Kalau mereka sudah pun terpilih dalam mana-mana pilihan raya, kerusi mereka hendaklah dikosongkan bermula daripda tarikh disabitkan kesalahan.
Image 1
gambar hiasan

Bagi parti yang dilaporkan mengamalkan kegiatan rasuah ini, mereka akan disiasat dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pemimpin parti politik yang terbabit. Apa yang lebih menarik ialah menurut Sinar Harian, PAS adalah antara parti yang tak pernah disiasat sama sekali oleh SPRM walaupun mereka banyak menerima tuduhan daripada pelbagai pihak. Wow!

 

Apa yang boleh anda lakukan bila kejadian rasuah berlaku? 

Perkara yang paling mudah korang boleh lakukan ialah laporkan saja kepada pihak SPRM untuk siasatan lebih lanjut. Mereka ada menyediakan talian bebas tol di nombor 1800-88-6000 bagi memudahkan orang awam buat laporan.

Image 2
gambar hiasan

Selain itu korang boleh jugak buat aduan dan pertanyaan ke pihak SPRM melalui emel info@sprm.gov.my atau layari je laman web SPRM di sini.

Ingat, pilihan raya yang bersih adalah untuk kebaikan masa depan kita! 

Baca: PRU14: Korang Boleh Semak Daftar Pemilih Dengan Cara Mudah Ni!

Pemilih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.