in

“SOP tak memuaskan” – Bazar Ramadan Di Wilayah Persekutuan Bakal Ditutup?

Collage 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak sampai seminggu bazar Ramadan dibenarkan untuk beroperasi, ura-ura untuk ia dibatalkan makin banyak kedengaran.

Baru-baru ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa mengatakan, walaupun kerajaan berharap agar bazar boleh beroperasi sehingga akhir Ramadan, namun mungkin ia tak akan bertahan lama.


Ini ekoran melalui pemantauannya, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dikalangan pengunjung dan peniaga bazar Ramadan dilihat tak memuaskan.

Setakat dua hari pertama puasa, laporan yang diterima saya mendapati pematuhan kepada SOP tidak memuaskan.”

Oleh kerana ini, Annuar meminta agar pematuhan SOP ini diperbaiki sekiranya mahu bazar berterusan sehingga akhir Ramadan.

12Nt05Rabang 1618202229

Katanya lagi, sekiranya pematuhan tetap tak memuaskan, ada kemungkinan akan berlaku jangkitan dan penularan baru Covid-19 di Wilayah Persekutuan, lapor MalaysiaKini.

Kalau didapati berlaku out break ataupun jangkitan di mana-mana bazar Ramadan berkenaan, tempat itu akan ditutup.”

Annuar turut mengutarakan kebimbangannya sekiranya berlaku lonjakan kes Covid-19 yang menular di kawasan Wilayah Persekutuan kerana kawasan tersebut merupakan pusat aktiviti ekonomi.

Malah, sekiranya berlaku lonjakan kes, ia akan menjejaskan ekonomi dan kerajaan tak mampu menghentikan aktiviti tersebut kerana kesannya amat berat.

Maka, kita nak aktiviti ekonomi ini dapat berjalan seperti biasa dan caranya ialah kita sama-sama ambil tanggungjawab supaya pematuhan diperketat secara sukarela.

“Kalau kita semua memainkan peranan menjaganya, maka Wilayah Perseketuan akan lebih selamat.”

 

Baca: Bazar Ramadan Akan Dibatalkan Jika Gagal Patuhi SOP Yang Ditetapkan

Screenshot 2021 04 16 At 4.52.01 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.