in

Bazar Ramadan Akan Dibatalkan Jika Gagal Patuhi SOP Yang Ditetapkan

Collage 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, kerajaan telah membenarkan bazar Ramadan untuk beroperasi bulan puasa ini. Berita ini ternyata menggembirakan ramai orang lepas tahun lepas pembukaan bazar Ramadan dibatalkan.


Namun, baru sehari bazar Ramadan dibenarkan beroperasi, timbul pula beberapa video menunjukkan ramai yang tak mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Antaranya bazar Ramadan di Jempol, Negeri Sembilan di mana ramai orang kelihatan bersesak di gerai tanpa penjarakan fizikal dan tak menggunakan laluan keluar masuk yang telah ditetapkan.

Oleh kerana ini, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD), Syahrul Nizam Saleh menyarankan penganjur bazar untuk tambah lagi kawalan keselamatan bagi pemantauan SOP, lapor Harian Metro.

4Lokasibazar O Hmfield Image Socialmedia.var 1616567176

JKPBD meminta agar bilangan pengunjung di bazar Ramadan dihadkan pada satu-satu masa serta perlu mematuhi SOP yang telah pun ditetapkan.

KPBD boleh membatalkan mana-mana operasi bazar Ramadan sekiranya pematuhan SOP tidak memuaskan.”

Kata Syahrul lagi, penutupan mana-mana bazar Ramadan adalah sebagai langkah pencegahan sekiranya ada kes Covid-19 dan gagal mematuhi SOP.

Oleh itu, pemantauan lebih ketat juga perlu dibuat dan beberapa prosedur perlu diperbaiki serta merta oleh penganjur.

Tanpa kompromi, saya akan bawa usul membatalkan bazar Ramadan yang didapati gagal mematuhi SOP ditetapkan.”

Mungkin ramai yang excited dapat pergi bazar, maklumlah laparkan… Apa-apa pun lepas ni kena ikutlah SOP, keselamatan diri kan lebih penting?

 

Baca: “Tudddiaaaa” – Bazar Ramadan Bayan Lepas Viral Lepas Catat 1,200 Pengunjung Dalam Masa 3 Jam!

Panjang

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.